suria

Lebih mudah cari semula mesej lama di WhatsApp dengan ciri baharu ‘Chat Search’

WhatsApp bakal memperkenalkan Chat Search kepada penggunanya.

APLIKASI sembang WhatsApp terus meningkatkan cirinya dalam memberi pengalaman terbaik pengguna dan terkini ia bakal muncul dengan kemudahan untuk pengguna mencari kembali mesej lama.

Ciri terbaharu itu dikenali sebagai Chat Search yang membolehkan pengguna mencari kembali mesej lama berdasarkan tarikh.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup minat filem animasi, kanak-kanak 10 tahun ini belajar teknik kesan visual khas dalam tempoh dua minggu!

Dikhabarkan, Chat Search ini telah diuji penggunaannya sejak November tahun lalu menurut Digital Information World dan berkemungkinan besar ia boleh digunakan dalam masa terdekat.

WhatsApp 3

Ciri terbaharu itu membolehkan pengguna membuat carian mengikut tarikh.

Apabila ciri terbaharu itu dilancarkan, pengguna WhatsApp akan dapat melihat ikon kalender kecil di bahagian tepi kanan aplikasi itu.

Pengguna yang menekan kalender itu akan dibawa ke bahagian di mana arkib perbualan disimpan mengikut hari, bulan dan tahun bagi memudahkan pengguna membuat carian.

Kehadiran ciri terbaharu ini sangat berguna kerana bagi yang banyak menggunakan WhatsApp, pasti akan berasa penat mencari semula rekod perbualan lama.

Chat Search membolehkan pengguna WhatsApp memilih hari, bulan atau tarikh bagi mencari perbualan lama dan secara automatik ia akan membawa terus kepada paparan perbualan yang dicari.

Khabarnya, pengguna iOS akan terlebih dahulu menikmati ciri terbaharu ini sebelum dilancarkan kepada pengguna Android.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain