suria

Siapa sangka 5 jenis bunga ini boleh dimakan... sedap dan banyak pula khasiatnya!

Gelang pasir atau purslanes mengandungi nutrisi seperti omega-3 yang cukup baik untuk kesihatan.

BUNGA yang cantik dan pelbagai warna memang dapat menyejukkan pandangan dan sebab itu ia cukup disukai terutamanya golongan wanita.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis bunga yang bukan sahaja cantik dan boleh dibuat sebagai hadiah jambangan bunga atau hiasan meja tetapi ia boleh makan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Berikut adalah lima jenis bunga yang boleh dimakan dan memiliki manfaat baik untuk kesihatan manusia.

1. Bunga raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia dan ia mempunyai ratusan spesies di seluruh dunia. Tahukah anda, spesies rosella atau hibiscus sabdariffa boleh dimakan?

Spesies ini bukan sahaja boleh dimakan tetapi tumbuh dengan pelbagai warna seperti merah, putih, kuning dan merah jambu yang mempunyai rasa masam.

Paling popular, bunga raya biasanya dijadikan teh, air kordial dan salad. Dalam beberapa kajian juga mendapati, bunga raya dapat mengawal tekanan darah dan kolesterol.

2. Dandelion

Dandelion mempunyai banyak kelopak kecil berwarna kuning cair. Dalam sebuah kajian bertajuk 'The Physiological Effects of Dandelion in Type 2 Diabetes' merungkaikan bahawa dandelion memiliki sifat antioksidan yang cukup tinggi dan bukan sahaja bunganya tetapi akar, batang dan daunya boleh dimakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain dimakan mentah atau dibuat salad, dandelion biasanya turut dijadikan sebagai teh.

3. Lavender

Menerusi jurnal bertajuk 'Lavender and the Nervous System', aroma bunga berwarna ungu ini memiliki khasiat yang boleh menenangkan.

Bukan sahaja sebagai penyegar rumah, lavender turut digunakan sebagai tambahan pada makanan, teh dan campuran herba.

4. Gelang pasir (Purslanes)

Tanaman hijau yang menghasilkan bunga kecil berwarna kuning ini sebenarnya ramai tak tahu ia boleh dimakan mentah atau pun dimasak.

Ia mengandungi nutrisi yang baik untuk tubuh kerana mengandungi omega-3 yang lebih tinggi berbanding sayuran lain.

5. Bunga mawar

Tahukah anda terdapat 150 spesis mawar di seluruh dunia dan beberapa daripadanya boleh dimakan.

Cara untuk mengetahui sama ada ia boleh dimakan juga cukup mudah - apabila kelopaknya memilik aroma yang harum, ia bermaksud ia adalah spesies yang boleh dimakan.

Kelopak mawar biasanya memilik rasa yang aromatik dan manis. Mawar boleh dimakan mentah atau dicampur dalam salad selain dijadikan teh dan infused water. Bunga mawar juga boleh mengurangkan rasa cemas dan meningkatkan ketenangan dalam diri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain