suria

Anda rasa cantik, tapi menurut pakar 3 warna ini paling buruk untuk dinding ruang tamu rumah

Brown

TIDAK lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri dan ketika ini pasti ramai daripada kita yang sibuk merancang untuk mengecat rumah agar nampak cantik dan baharu ketika lebaran.

Perkara yang sering menjadi perbalahan adalah memilih warna sesuai dengan kediaman anda dan ramai yang membuat keputusan salah ketika memilih warna.

Terdapat beberapa warna cat yang tidak sesuai untuk ruang tamu dan pakar rekaan dalaman, Antoinette Fargo menjelaskan warna yang tidak sepatutnya digunakan adalah merah, kuning atau apa sahaja rona gelap.

1. Merah

Menurut Fargo merah adalah warna yang 'membangkitkan tenaga dan perasaan marah, lapar, gembira dan ghairah'. Meskipun warna ini cukup sesuai untuk restoran namun ia tidak baik untuk ruang tamu kediaman.

Warna itu mampu memberi tekanan yang kuat kepada penghuni dan sudah semestinya kita tidak mahu berasa tertekan ketika ingin merehatkan minda bersama keluarga.

"Otak manusia memiliki respons visceral terhadap warna merah kerana itu adalah warna darah. Ia memberikan tekanan dan tidak sesuai untuk ruang tamu," katanya.

2. Kuning

Sementara itu, cat berwarna kuning pula disifatkan Fargo sebagai rona yang membangkitkan perasaan cemas.

"Ia tidak terlalu tenang dan jelas bukan warna yang kamu inginkan untuk ruang tamu atau bilik tidur anak-anak meskipun ia bersifat neutral terhadap gender," katanya.

3. Warna gelap

Warna gelap seperti kelabu tua, cokelat atau krim tua adalah baik dan neutral selain ia mampu meningkatkan nilai sesebuah rumah.

Akan tetapi kata Fargo, warna yang lebih gelap lebih cenderung membuatkan sesuatu ruang menjadi kecil dan sempit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain