suria

Gosok gigi masih tak hilang bau? Cuba makan 5 makanan untuk hilangkan mulut berbau

Bau mulut boleh menyebabkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa.

BAU mulut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja apatah lagi selepas makan makanan tertentu seperti bawang atau petai yang boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan.

Kebiasaannya kita akan menggosok gigi atau berkumur dengan pembersih mulut bagi menghilangkan bau mulut. Ada juga mengunyah gula-gula getah berperisa pudina bagi memberi kesegaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipinggirkan kerana ketiak busuk? Hilangkan bau peluh dengan limau nipis, ini caranya!

Bagaimanapun tahukah anda, terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan bau mulut?

1. Epal

Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut.

Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.

2. Sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering.

Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.

3. Kayu manis

Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.

4. Timun

Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan.

Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.

5. Air putih

Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut.

Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.

Artikel Lain