suria

Hilangkan bau busuk peti ais, baju dalam almari... itulah rahsia baking soda

Baking soda mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dalam menyegarkan bau dalam rumah.

BAKING soda tidak hanya bermanfaat sebagai bahan masakan seperti membuat kek tetapi ia juga boleh digunakan untuk membersihkan kediaman anda.

Tidak hanya kotoran, baking soda juga mampu menghilangkan karat serta bau kurang enak yang melekat di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan drama Korea, 7 menu ini jadi kegemaran seluruh dunia

Caranya juga sangat mudah iaitu mencampurkannya dengan bahan pencuci lain atau hanya semburkan cecair baking soda ditempat yang kotor atau berbau.

Berikut adalah beberapa manfaat baking soda yang mungkin tidak diketahui;

1. Penyegar udara

Selain menggunakan produk haruman rumah, anda juga boleh menyegarkan udara kediaman dengan menggunakan baking soda. Caranya, campurkan satu sudu serbuk penaik ke dalam air dan titiskan minyak esensial kegemaran anda. Semburkan campuran itu di bilik tidur atau ruang tamu.

2. Hilangkan bau peti ais

Adakalanya peti ais memang akan berbau disebabkan kita menyimpan pelbagai makanan di dalamnya. Bagi menghilangkan bau itu, cukup dengan meletakkan baking soda dalam piring dan biarkan ia di dalam peti ais anda.

Serbuk itu akan menyerap bau kurang enak serta memberikan haruman segar.

3. Bau permaidani

Permaidani yang lembab dan kotor akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Mudah, taburkan baking soda pada karpet anda selama 15 minit atau semalaman sebelum di vakum. Karpet anda akan berbau seperti baharu!

4. Hilangkan bau tempat sampah

Untuk mengurangkan bau tong sampah anda, taburkan serbuk penaik pada bahagian dasar tong. Ia akan bertindak sebagai penyerap bau.



5. Segarkan almari pakaian

Tidak perlu lagi membeli semburan penyegar pakaian, dengan baking soda pun boleh menghilangkan bau hapak dan masam pada pakaian yang disimpan dalam almari.

Caranya mudah, semburkan baking soda yang dibancuh dengan air pada pakaian atau meletakkan serbuk itu di dalam bekas dan letakkan di dalam almari. Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain