suria

Antara carian popular Google 2020... Apa itu 'ghosting'?

Apa sebenarnya yang dikatakan dengan 'ghosting'?

ISTILAH 'ghosting' menjadi salah satu topik yang popular sepanjang tahun ini melalui Year in Search 2020 yang dikeluarkan oleh Google.

Apa sebenarnya dimaksudkan dengan ghosting? Ia merujuk kepada individu yang tiba-tiba menghilangkan diri daripada kehidupan seseorang tanpa sebarang hubungan baik melalui telefon, mesej, emel atau dalam bentuk media yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan drama Korea, 7 menu ini jadi kegemaran seluruh dunia

Ghosting menjadi fenomena dalam dunia moden hari ini di mana seseorang hanya menggunakan teknologi dan aplikasi popular seperti Tinder, Instagram untuk bersosial dan membina hubungan dan memutuskannya dengan satu sentuhan di telefon.

Meskipun ia nampak mudah tetapi fenomena ini sebenarnya lebih kompleks daripada yang kita sangka.

Terdapat beberapa alasan mengapa seseorang hilang daripada hidup seseorang dan penyebabnya boleh menjadi kompleks;



Menghilangkan diri barangkali adalah cara terbaik menjauhkan diri daripada seseorang.

1. Takut

Perasaan takut adalah antara sebab popular seseorang melakukan ghosting. Ini disebabkan mereka mungkin belum bersedia untuk membawa hubungan itu ke tahap lebih serius. Cara paling mudah, hilangkan diri!

2. Mengelak konflik

Ada orang yang enggan berhadapan dengan reaksi atau konflik apabila memberitahu tidak mahu lagi meneruskan sesuatu persahabatan atau hubungan. Bagi golongan ini adalah lebih mudah 'ghosting' daripada menjelaskan sebab terhadap sesuatu tindakan mereka.

3. Demi diri sendiri

Jika sesuatu hubungan yang terjalin memberikan impak negatif, memutuskan hubungan dengan individu tertentu sebenarnya adalah kaedah terbaik untuk hidup dalam keadaan tenang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain