Ada sebab kenapa bunyi air begitu menenangkan... patutlah dianggap terapi minda

Bunyi air sungai cukup menenangkan.

RAMAI yang merasakan bunyi air seperti sungai, air terjun, deraian hujan dan ombak laut dapat membantu kita berasa tenang malah tidur lebih lena.

Jadi tak hairanlah kalau berkunjung ke pantai kita boleh terlena walaupun hanya baring di atas tikar yang dibentangkan di bawah pokok kelapa.

Kenapa air yang mengalir dapat memberi kesan tenang kepada manusia?

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam koyak, beg plastik antara 7 barang ramai sayang nak buang, kenapa ya?

Antara jawapan kepada persoalan itu adalah bagaimana otak kita mentafsirkan bunyi yang kita dengar.



Ramai yang gemar tidur di tepi pantai.

"Bunyi-bunyi yang menenangkan tidak memberi ancaman kepada manusia, itulah sebabnya ia boleh menenangkan orang," kata Orfeu Buxton yang juga pensyarah dalam bidang kesihatan biobehavioral manusia di Universiti Pennsylvania Amerika.

Berbeza dengan bunyi-bunyi yang tenang, Orfeu menjelaskan bunyi-bunyi seperti jeritan, jam penggera lebih sukar diterima manusia namun ia boleh membangkitkan 'sistem' waspada.

"Seperti jam penggera, jika bunyinya tenang, adakah anda akan bangun daripada tidur? Informasi bising yang diproses otak membuatkan kita terjaga," katanya.

Atas sebab itu juga kata Orfeu, bunyi air dapat membantu kita tidur lebih lena kerana ia tidak mengancam manusia.



Bukan sahaja pemandangannya indah, tetapi bunyi air sungai cukup menenangkan.

"Namun jika bunyi air itu bertukar ganas seperti banjir atau ombak kuat, secara automatik kita akan rasa terancam kerana kita tahu bunyi itu adalah tanda bahaya," jelasnya.

Bagi yang mengalami masalah tidur, Orfue turut menyarankan agar memasang instrumental bunyi-bunyi air seperti aliran sungai, pantai atau titisan hujan bagi membantu mereka tidur.

Jelasnya ia adalah terapi yang cukup baik dalam mengurangkan masalah insonmia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Bunyi Air, Air Sungai, Ombak, Laut, Terapi, Insomnia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain