suria

Tahniah! Dr. Yeong Chai Hong anak Malaysia pertama rangkul Anugerah Saintis Muda IUPAP

Dr Yeong memperoleh PhD dengan Kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 2012.

USAHANYA untuk memberi rawatan lebih baik kepada pesakit barah membuahkan hasil apabila kajiannya mendapat pengiktirafan menerusi IUPAP Young Scientist Award in Medical Physics 2021 baru-baru ini.

Lebih membanggakan Profesor Madya Dr Yeong Chai Hong merupakan saintis Malaysia pertama yang memenangi anugerah berprestij tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Habib pernah bekerja di kantin, lalui banyak liku sebelum menjadi jenama terkenal di Malaysia

Sebagai pakar dalam perubatan nuklear dan radiologi intervensi, Dr Yeong bersama pasukan penyelidikannya memenangi anugerah itu menerusi kajian prosedur biopsi tisu yang lebih selamat serta menjimatkan dengan mencipta sistem pemacu laser jarum panas.

Bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Taylor's, inovasi beliau itu meningkatkan keselamatan dan meinimumkan komplikasi pendarahan semasa prosedur biopsi.

Yeong Chai Hong 3

Para penyelidik terlibat terdiri daripada pakar klinik, ahli fizik perubatan, saintis fotonik, ahli patologi dan biokimia.

Bagi merealisasikan kajian itu, barisan penyelidik yang turut terlibat adalah terdiri daripada pakar pelbagai disiplin termasuk pakar klinikal, ahli perubatan fizik, saintis fotonik, patologi dan biokimia.

"Untuk membentuk masa depan rawatan kanser dengan memberikan alternatif kepada pesakit, pada saat ini kami sedang berusaha untuk meningkatkan prototaip sehingga dapat digunakan secara serentak untuk ablasi tisu - rawatan barah invasif minimal," katanya.

Menurut Dr Yeong, untuk tumor yang tidak ada penawar kesembuhan atau ketika pesakit tidak sesuai untuk jalani sesi pembedahan, terapi invasif minimum seperti terapi hipertermia amat disarankan.

Terapi hipertermia semasa adalah menggunakan sama ada radiofrekuensi, gelombang mikro, laser atau tenaga sejuk melampau (cryoablation) untuk mematikan sel pada tisu sasaran, sambil meminimumkan kerosakan pada tisu sihat di sekeliling.

“Hari ini, pesakit tidak memerlukan pembedahan terbuka dengan pembangunan inovatif ini dan kadar kejayaannya adalah memberangsangkan.

Yeong Chai Hong 1

Sepanjang kerjayanya, Dr. Yeong telah menerima sejumlah RM1.7 juta geran penyelidikan.

"Pembangunan itu diwujudkan untuk menjadikan rawatan kanser lebih berpatutan, kurang invasif dan lebih selamat, sekali gus meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser keseluruhan dan kualiti hidup penghidap di Malaysia,” kata Dr Yeong.

Sepanjang kerjayanya, Dr. Yeong telah menerima RM1.7 juta geran untuk tujuan penyelidikan.

Anugerah ini diterajui dan dibiayai oleh Union of Pure and Applied Physics (IUPAP). Ia dianugerahkan oleh Organisation for Medical Physics (IOMP), sebagai Suruhanjaya Antarabangsa untuk Commission for Medical Physics dengan IUPAP.

IOMP mewakili lebih daripada 27,000 ahli fizik perubatan di seluruh dunia dan 87 organisasi anggota nasional yang dipegang bersama dengan dua organisasi gabungan.

Anugerah itu termasuk hadiah wang tunai €1,000 Euro (RM 4,837), pingat IUPAP dan sijil IOMP.

Yeong Chai Hong 4

Baru-baru ini, Dr. Yeong mendapat Anugerah Pemimpin Muda oleh Persekutuan Pertubuhan Asia Tenggara.

Satu lagi kajian penting oleh Dr Yeong ialah pembangunan formulasi oral radiasi yang kos efektif dan rendah untuk keseluruhan kajian transit saluran gastrousus.

Kajian klinikal dilakukan pada orang dewasa dan kanak-kanak kerana penyelidikan menunjukkan bahawa dos radiasi sekitar 100 kali lebih rendah daripada Computed Tomography (CT scan).

Baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Pemimpin Muda oleh Persekutuan Pertubuhan Asia Tenggara bagi Fizik Perubatan (SEAFOMP) semasa Kongres Fizik Perubatan Asia-Oceania ke-18 (AOCMP) dan Kongres Fizik Perubatan Asia Tenggara ke-16 (SEACOMP).

Pada tahun 2012, projeknya memenangi Sijil Merit yang dianugerahkan oleh Persatuan Radiologi Eropah, masyarakat radiologi kedua terbesar di dunia.

Kejayaan demi kejayaan ini telah membuatkan Dr Yeong adalah orang yang pertama dan satu-satunya rakyat Malaysia yang menerima anugerah berprestij ini.

Yeong Chai Hong 2

Dr. Yeong sedang mengusahakan terapi berfokuskan kepada pesakit barah hati.

Dr Yeong menamatkan Latihan Klinikal IAEA bagi Pakar Fizik Perubatan Pengkhususan dalam Radiologi Diagnostik pada tahun 2014 dan telah dianugerahkan Anugerah Presiden berprestij dalam Penyelidikan dan Inovasi oleh Universiti Taylor's pada tahun 2019.

Beliau kini sedang mengusahakan terapi berfokuskan kepada pesakit barah hati selain berhasrat untuk mencipta impak dan kesinambungan dalam industri penyelidikan, terutamanya di bawah bidang perubatan penyelidikan fizik dan barah.

Sehingga kini, wanita ini telah menerbitkan dua buku akademik, dua bab buku, 72 kertas jurnal, 16 prosiding dan tujuh artikel untuk siaran media.

Beliau memperoleh lebih daripada AS$750,000 (RM3.1 juta) geran penyelidikan secara keseluruhan.

Ketika ini, beliau mengajar modul radiologi di Universiti Taylor's selain merupakan pensyarah jemputan untuk program Sarjana Fizik Perubatan di Universiti Malaya (UM) dan profesor pelawat untuk program Sarjana Radiologi di Kolej Universiti Penjagaan Kesihatan KPJ.

Sehingga kini, beliau telah menyelia 54 pelajar yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana dalam Fizik Perubatan atau Radiologi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain