suria

30 tahun hidup bersendiri di pulau terpencil, lelaki ini kembali kepada masyarakat pada usia 81 tahun

Mauro Morandi akhirnya keluar dari pulau itu selepas diarahkan berbuat demikian.

BOLEH bayangkan anda hidup bersendirian di sebuah pulau terpencil dan tidak berpenghuni?

Itulah dilakukan oleh Mauro Morandi sejak 30 tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Budelli, Itali sebagai penjaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Minat bersukan, wanita ini mampu 'buat duit' dengan hobinya... produk baharu laku keras dalam masa 4 hari

Bagaimanapun Mauro, 81, kini terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas akur dengan perintah pihak berkuasa yang memintanya meninggalkan pulau itu.

Itu pun selepas pihak berkuasa di Sardinia, Itali sudah beberapa kali memberi amaran dan mengugut untuk mengusirnya secara paksa dari pulau itu dan Mauro tetap dengan keputusannya untuk tinggal di situ.

"Saya akan pergi dan berharap Budeli akan dilindungi seperti telah saya lakukan selama 32 tahun lalu," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mauro mula menetap di pulau itu selepas cuba berlayar dari Itali ke Polinesia. Ketika melalui Budelli, dia terpesona dengan keindahan pulau kecil itu dan mengambil keputusan untuk tinggal di situ.

Kebetulan, penjaga pulau itu sudah mahu bersara dan Mauro mengambil alih tugasnya sehingga kini.

Namun, peranannya sebagai penjaga tidak lagi berfungsi selepas Taman Nasional La Maddalena mengambil alih pemilikan pulau itu pada 2015.

Sejak itu, Mauro menghabiskan masanya cuba mempertahankan haknya tinggal di pulau itu sehinggalah dia berputus asa dan bersetuju berpindah daripada pulau itu.

Bagi membantu Mauro memulakan kehidupan baharu, pihak berwajib mencarinya sebuah apartment kecil sebagai tempat tinggal baharunya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain