Penyertaan sulung terus juara! 2 beradik ini buktikan ilmu sukan lasak 4x4 dikongsi bapa memang berbaloi - Figura | mStar

Penyertaan sulung terus juara! 2 beradik ini buktikan ilmu sukan lasak 4x4 dikongsi bapa memang berbaloi

Satren (kiri) dan Kevan bersama bapa mereka, Rate de Silva (tengah) mula didedahkan dengan sukan lasak 4X4 sejak mereka kecil. Foto MUHAMMAD SHAHRIL ROSLI

SEBELUM kaki mereka dapat mencapai pedal minyak kereta, pasangan adik-beradik Satren dan Kevan de Silva sudah didedahkan dengan asas mengendalikan kenderaan pacuan empat roda, 4WD.

Bapa mereka, Rate de Silva yang juga pemilik bengkel banyak berkongsi ilmu dengan kedua anaknya ini termasuk aspek teknikal memandangkan ia mengkhususkan kepada kenderaan ekspedisi hutan serta pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia petroleum ke kafe kopi... 'Coffee for Good' kini latih anak muda bergelar barista

"Sejak mereka kecil, saya telah mendedahkan mereka dengan aktiviti off-road serta perkhemahan," kata Rate, 48, yang juga presiden kepada 150 ahli Kelab Pemilik Land Rover.

Rntangan ketika melakukan off-road adalah cabaran menyeronokkan buat dua beradik ini. 

Berasal dari Kuang, Selangor, ibu kepada dua remaja itu, Alyna Tai juga peminat aktiviti 4X4 - malah pernah melakukan ekspedisi selama sebulan ke Thailand untuk melawat taman negara dan kem di sepanjang laluan negara itu.

Malah awal tahun ini, Satren dan Kevan berjaya bergelar juara Rainforest Trophy (RFT) 2019 iaitu acara pelancongan penggembaran luar 4X4.

Pasangan adik-beradik itu adalah antara lapan pasukan yang mengambil bahagian dalam acara tahun itu yang sudah memasuki edisi ketiga.

Kesemua pesaing dinilai berdasarkan elemen kemahiran memandu, tugas berpasukan dan semangat persahabatan dalam mengharungi semua cabaran pertandingan.

Satren dan Kevan bergelar juara Rainforest Trophy (RFT) 2019 iaitu acara pelancongan penggembaran luar 4X4.

Ketahanan mental mengatasi segalanya!

Untuk rekod, ia adalah pertandingan off-road pertama yang mereka sertai dan berjaya bergelar juara.

Pada pertandingan itu, adik-beradik itu bergilir-gilir memandu Land Rover 1995 dari Kuala Chini, Pekan ke Felda Selancar, Pahang dalam acara mencabar selama 10 hari.

Pelbagai cabaran berjaya diharungi walaupun terpaksa meminta bantuan orang lain apabila kenderaan mereka terperangkap dalam lumpur dan perlu membina 'jambatan' untuk menyeberang.

"Pada hari hujan situasi memang mencabar kerana perlu memandu merentasi jalan berlumpur terutamanya pada waktu malam, namun kami berjaya sampai ke kawasan perkhemahan," kata Kevan, 19 tahun.

Sukan 4X4 mengeratkan hubungan Satren dan Kevan.

Satren, 22, pula memberitahu acara off-roading adalah mengenai strategi termasuk kerja berpasukan dan bukannya tentang siapa yang akan tiba di garis penamat terlebih dahulu.

Rate turut mengambil bahagian dalam acara itu sebagai pemandu bersama dan pasukannya memenangi anugerah kenderaan terbaik.

Gembira dan teruja dengan kemenangan anak-anaknya, Rate berkata, dia sebenarnya terkejut dengan pencapaian mereka kerana ramai peserta berpengalaman dan profesional turut bertanding.

Rate turut memberitahu kenderaan digunakan Satren dan Kevan juga mempunyai kekurangan memandangkan ia besar dan panjang berbanding peserta lain.

Aktiviti off-road antara pengalaman terbaik mereka. 

Pengarah Ekspedisi Rainforest Trophy, Thomas Foo berkata, kemenangan mereka adalah disebabkan kemahiran mengendalikan kenderaan dan bertindak pantas menangani masalah yang berlaku, selain semangat kesukanan remaja itu.

"Mereka diangkat sebagai juara kerana memang layak. Sebanyak 40 peratus markah datang daripada kesungguhan peserta sendiri termasuk mengambil kira aspek semangat berpasukan, keakraban, usaha dan membantu orang lain.

"Paling penting mereka sampai ke garisan penamat terlebih dahulu," katanya yang memberitahu pertandingan itu turut disertai peserta dari Brunei, Indonesia, China dan Hong Kong.

Mengeratkan hubungan kekeluargaan

Bercerita lanjut mengenai minat sukan lasak itu, Satren dan Kevan memberitahu sebelum ini pernah menempuh perjalanan selama tiga bulan bersama bapa mereka secara berasingan.

Bapa adalah inspirasi dua beradik ini. 

Malah Satren pernah mengambil cuti belajar demi menyertai ekspedisi bersama Rate ke Trans Mongolia yang diadakan dari 21 Ogos hingga 24 Oktober lalu.

Malahan, kira-kira 10 tahun lalu, dia juga pernah menyertai bapanya dalam ekspedisi perjalanan ke Trans Amazon dan pada 2016 menyertai Road to India selama dua bulan menggunakan kenderaan 4X4 dan berkhemah sepanjang perjalanan dari timur India ke selatan India.

"Sebenarnya banyak kelebihan anak-anak muda terlibat dalam sukan off-road ini kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada penggembaran luar," kata Satren yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang teknologi otomotif di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur.

Kevan yang turut menggemari aktiviti pendakian menyertai penggembaraan bersama Rate termasuk ke Trans Afrika selama tiga bulan pada 2011.

Satren dan Kevan kini sedang melanjutkan pengajian di universiti. 

Walaupun gemar memandu kenderaan 4X4, Kevan memberitahu impiannya adalah untuk bergelar juruterbang suatu hari nanti.

Malah Kevan kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan pesawat di Universiti Nilai.

Beritahu Kevan lagi, apa juga jalan kerjaya mereka pada masa hadapan, dia berharap akan sentiasa dapat berkongsi minat penggembaraan 4X4 bersama bapa mereka. - THE STAR

4X4 , Kembara , Land Rover

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain