suria

Bukan semua dapat cuti 1 Mei... berikut profesion terpaksa sambut Hari Pekerja di kantor

Bekerja dalam sektor perkhidmatan pelanggan antara yang tidak dapat bercuti bersempena Hari Buruh pada 1 Mei. Gambar Sekadar Hiasan/BERNAMA

SETIAP daripada kita yang mempunyai pekerjaan pastinya akan ternanti-nantikan tarikh 1 Mei setiap tahun kerana ia bukan sahaja cuti umum, malah ia dikhususkan bagi meraikan pekerja.

Mungkin ramai tidak tahu, Hari Pekerja disambut bagi memperingati kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.

Cerita ringkasnya, 1 Mei dipilih sebagai memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 iaitu mogok Haymarket di Chicago, Illinois bagi mendesak waktu bekerja hanya lapan jam sehari.

Tetapi dalam keseronokan meraikan Hari Pekerja, sebenarnya masih banyak sektor terutamanya yang melibatkan urusan dengan orang awam tetap perlu bekerja pada hari istimewa itu.

Golongan ini bukan sahaja perlu bekerja tetapi mengorbankan masa berharga bersama keluarga demi menggalas tanggungjawab dan amanah diletakkan di bahu mereka.

Bersempena 1 Mei, mStar menyenaraikan 10 profesion di mana Hari Pekerja diraikan di tempat kerja.

Kerjaya sebagai doktor memerlukan mereka tetap bekerja pada hari pekerja. - Gambar hiasan

1. Doktor

Bergelar seorang doktor bukan mudah kerana perlu mengorbankan banyak waktu demi merawat pesakit di hospital.

Profesion itu sebenarnya tidak pernah kenal mengenai erti cuti apatah lagi merasai 1 Mei yang disambut pekerja lain. Bayangkan kalau semua doktor di Malaysia cuti pada 1 Mei? Barangkali malapetak akan berlaku!

 Selain doktor, jururawat juga perlu berkhidmat selama 365 hari setahun! - Gambar hiasan

2. Jururawat

Tiada doktor, tiada juga seorang yang bergelar jururawat. Mereka ini diibaratkan sebagai orang kanan kepada pegawai perubatan dalam memastikan pesakit yang ditempatkan di wad berada dalam keadaan baik.

Namun sedih, masih ada yang memperlekehkan tugas murni mereka dengan melemparkan pelbagai kata-kata sinikal tanpa menyedari banyak pengorbanan dilakukan golongan ini.

 Selagi jenayah terus berlaku, selagi itulah polis perlu bekerja. - Gambar hiasan

3. Polis, Bomba

Jenayah tidak mengenal waktu termasuk pada 1 Mei! Di sinilah anggota polis juga memainkan peranan penting tidak kira masa demi memastikan keselamatan awam terjamin.

Tidak ketinggalan polis trafik yang menjaga lalu lintas bagi memudahkan urusan orang ramai yang sudah pasti memenuhi jalan raya.

Anggota bomba jangan kita lupakan yang sentiasa bersedia dengan sebarang kecemasan pada 1 Mei! - Gambar hiasan

Ketika kita hidup aman sentosa, tentera mengorbankan cuti  mereka untuk melindungi keselamatan negara.  - Gambar hiasan

4. Tentera

Malaysia mungkin sebuah negara yang aman tanpa ancaman peperangan namun siapa kata anggota tentera duduk bersenang lenang?

Tanpa kita sedari banyak anggota tentera kita yang bertugas 24 jam menjaga keselamatan negara terutama di sempadan dan itu adalah pengorbanan besar yang harus kita raikan.

Tanpa pekerja khidmat pelanggan, siapa yang akan menerima aduan pengguna pada hari cuti umum? - Gambar hiasan

5. Khidmat pelanggan

Pekerja yang bertugas sebagai di sektor khidmat pelanggan juga antara yang perlu bekerja dan kalau boleh sekiranya anda membuat panggilan kepada petugas ini pada 1 Mei ucapkanlah selamat Hari Pekerja kepada mereka. Jangan marah-marah okey?

Ini termasuklah mereka yang bekerja di plaza tol, stesen minyak dan sebagainya. Berikanlah senyuman kepada mereka pada hari istimewa ini.

Jika pusat-beli belah beroperasi pada Hari Pekerja, maka kakitangan terpaksa juga datang bertugas. - Gambar hiasan

6. Pekerja pusat beli-belah

Pada hari cuti seperti 1 Mei, ini adalah masanya untuk kita melakukan aktiviti riadah bersama keluarga termasuk berkunjung ke pusat beli-belah.

Oleh itu, kebanyakan pekerja di pasar raya atau pusat beli-belah akan bekerja dan bayangkan kalau semua tempat ini tutup? Mana nak pergi?

Wartawan mStar ketika melakukan liputan di Korea Selatan. - Gambar hiasan

7. Wartawan

Mungkin ramai tidak tahu tetapi wartawan juga perlu bertugas pada 1 Mei dan kalau golongan ini bercuti maka tiadalah akhbar yang akan dicetak untuk keesokan harinya, manakala portal berita tentu sekali tidak dapat mengemaskini insiden di dalam dan luar negara.

Maka itu tiadalah berita-berita tentang sukan, politik, rencana mahupun hiburan yang dilaporkan buat anda semua!

Doktor, Bomba, Wartawan, Jururawat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain