suria

Pemuda 110kg berjaya turunkan berat badan, kongsi jadual diet pagi sampai malam... Teh hijau jangan lupa!

Mereka yang mahu menguruskan badan perlu melakukan senaman secara berkala. -Gambar hiasan AI

RAMAI orang mengimpikan berat badan ideal kerana ia bukan sahaja menonjolkan penampilan menarik, tetapi juga mencerminkan tahap kesihatan yang baik.

Di TikTok, seorang pemuda menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kaedah yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram (kg).

Menurut pemuda itu, dia sebelum ini memiliki berat badan 110kg.

Dengan menggunakan kaedah IF 12:12 (Intermittent Fasting 12:12), beratnya kini sudah turun kepada 70kg.

Kaedah IF 12:12 merupakan satu bentuk puasa berkala yang mana seseorang berpuasa selama 12 jam dan makan dalam tempoh 12 jam berikutnya setiap hari.

Teh hijau dikatakan boleh membantu mengurangkan selera makan. -Gambar hiasan AI

Berikut merupakan jadual harian pemuda itu:

6 pagi: Minum air putih selepas bangun tidur, jangan terus bersarapan.

8 pagi: Boleh ambil sarapan, bebas makanan apa tapi ambil dalam kuantiti secukupnya sahaja.

11.30 pagi: Minum teh hijau

1 tengah hari: Makan tengah hari (nasi, lauk dan sayur)

3 petang: Ambil snek (buah-buahan).

7 petang: Makan malam (sandwich roti dan telur serta salad)

8 malam: Minum teh hijau sekali lagi.

Dalam hantaran tular di TikTok, pemuda Indonesia itu turut berpesan kepada orang ramai agar melakukan senaman empat kali seminggu.

Jelasnya, diet sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ia perlu disusuli dengan senaman yang konsisten.

Dalam hantaran sama, dia turut menekankan kepentingan mengambil teh hijau untuk membantu menahan nafsu makan.

 

Artikel Lain