suria

Bertahun-tahun kahwin tapi masih ulang ‘formasi’ sama? Isteri kena lakukan 3 perkara ini elak ‘game’ jadi hambar

Hubungan rumah tangga sudah tentu suram jika suami isteri jarang bersama. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN seks merupakan salah satu komponen penting dalam perkahwinan.

Namun, tidak semua pasangan berdepan dengan hubungan seksual yang konsisten.

Ada masanya suami dilihat menjauh dan mula mengelak daripada melakukan hubungan intim.

Antara puncanya adalah:

1. Bergaduh dengan isteri

2. Peningkatan usia

3. Masalah kesihatan

4. Sibuk

5. Tekanan kerja

6. Curang

7. Bosan dengan pasangan

Jika situasi ini berlaku, isteri tidak sepatutnya berdiam diri, sebaliknya perlu bertindak untuk memulihkan hubungan dengan suami.

1. Berkomunikasi

Mungkin suami anda tidak sedar hubungan seks antara kamu berdua semakin jarang berlaku.

Perbualan terbuka boleh membantu anda memahami punca sebenar masalah dan mengenal pasti kenapa keinginannya terhadap seks kelihatan menurun.

Hubungan intim merupakan salah satu elemen penting dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Lelaki mungkin menyimpan rasa bersalah atau malu apabila mengalami keinginan seks yang rendah.

Jadi jika anda tertanya-tanya kenapa suami menjauhkan diri daripada seks, dia mungkin berasa lega apabila anda sudi memulakan perbualan mengenainya.

2. Dapatkan bantuan

Ada segelintir lelaki enggan melakukan seks kerana mengalami masalah lemah syahwat.

Mereka juga malu dengan isteri kerana pretasti kurang memuaskan di atas katil.

Sebagai isteri, anda sepatutnya memberi semangat kepada suami untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Mungkin dengan galakan isteri, si dia akan lebih terbuka untuk pergi mendapatkan rawatan.

3. Cuba perkara baharu

Salah satu cara untuk mengatasi kekurangan keinginan seks ialah dengan mengubah rutin di bilik tidur.

Cuba posisi seks yang baharu, beri lebih perhatian pada sesi foreplay, atau gunakan pakaian dan alatan yang boleh mencetuskan suasana berbeza.

Berbincanglah dengan suami tentang fantasi seksual atau perkara yang dia mungkin mahu cuba bersama anda.

Pendekatan ini mampu menyuntik semangat baharu dalam hubungan dan membuatkan suami kembali teruja untuk bersama secara intim.

Artikel Lain