"PALING susah sekali bila anak-anak tak ada di depan mata, jadi saya kena selalu call."
Di sebalik jarak yang memisahkan, seorang bapa pastinya sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan keluarga.
Begitulah juga kisahnya mengenai Izwan Ab Manan yang sentiasa berhubung rapat dengan anak-anak dan isteri walaupun mereka terpisah lebih 400 kilometer.
Izwan, seorang rakan pemandu Lalamove, kini mencari rezeki di Kuala Lumpur, manakala isteri dan dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun menetap di Rantau Panjang, Kelantan.
Izwan dahulunya bekerja sebagai pemandu lori di negeri asalnya, namun tidak dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga kerana harus bekerja dan bermalam di luar.
“Bila saya bekerja dengan orang, masa saya itu dibayar dan terhad. Ini membuatkan saya tak ada cukup masa untuk keluarga," ujarnya.
Namun kata Izwan, masanya kini lebih fleksibel apabila bekerja dengan Lalamove, walaupun terpisah di dua negeri berbeza.
"Susah nak jelaskan dekat anak saya, lagi-lagi dengan umur dia macam tu. Apa yang kita cakap, bukan 100 peratus dia faham. Terpaksalah kita terangkan sedikit demi sedikit sampai dia faham," katanya.
"Anak adalah harta paling besar yang saya ada. Saya sentiasa ada untuk anak-anak. Sebelum mereka pergi sekolah, saya akan hubungi. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang saya ambil tahu pasal mereka.
"Setiap hari, saya dan anak-anak akan melakukan panggilan video, lebih-lebih lagi apabila saya ada masa lapang sementara menunggu pesanan penghantaran masuk," jelasnya lagi.
Izwan kini dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dengan pekerjaan sebagai pemandu Lalamove.
Malah, ketika isterinya mahu melahirkan anak, Izwan juga sanggup cari pemandu ganti semata-mata mahu berada di sisi wanita tercinta itu.
Sebagai seorang bapa, Izwan juga berharap suatu hari nanti anak-anaknya faham tentang pengorbanan yang dilakukan agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
Bukan Izwan sahaja yang menjadi tulang belakang keluarga tetapi bapanya, Ab Manan Mahmood, 65, turut bergelar rakan pemandu Lalamove walaupun usianya sudah meniti senja.
Bermula hanya dengan menemani anaknya melakukan kerja penghantaran, akhirnya Manan turut mendaftar sebagai rakan pemandu menerusi Program Rujukan Rakan Pemandu di bawah Lalamove.
"Saya cuma nak bagi semangat dekat dia (Izwan). Saya buat kerja ni secara sambilan saja. Saya juga ingin mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah yang boleh mendatangkan pendapatan.
"Izwan membawa saya semasa mengambil job agar saya lebih faham cara bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove. Dari situ Izwan cuba yakinkan saya kerja ini kita boleh pilih sama ada kita nak ambil atau tidak.
Izwan merupakan bapa kepada dua cahaya mata.
"Saya memang tak berapa larat, tapi saya tengok Lalamove ni mudah. Bila saya pergi tempat pickup dan drop-off, mereka yang tolong masukkan dan keluarkan barang," kata Manan.
Dua beranak ini turut menerima ganjaran tunai apabila Manan menjadi rakan pemandu Lalamove dan menyempurnakan penghantaran dengan melengkapkan misi mudah.
Lebih menarik, Manan juga tertarik dengan konsep bayaran secara langsung atau Cash Out pendapatan terus ke akaun bank yang ditawarkan oleh Lalamove.
Bagi Izwan, dia cukup kagum dan terinspirasi dengan ketekunan ayahnya dalam mencari rezeki, sekali gus mengajarnya makna sebenar tanggungjawab dan kasih sayang walaupun sudah lanjut usia.
"Dari sekolah rendah, sekolah menengah dan sampailah ke universiti ayah tanggung kami sendiri tanpa pinjaman. Alhamdulillah saya dapat belajar di Mesir dan kakak saya dapat pergi belajar di United Kingdom (UK).
"Ayah saya ni, kalau dia makan, dia tak tinggal sebiji pun nasi dalam pinggan. Macam tu juga lah dia buat kerja, dia buat sampai habis," jelas Izwan mengenai bapa tercinta.
Kisah Izwan dan Manan adalah antara yang diketengahkan menerusi kempen Heroes Behind The Wheel, sebuah inisiatif Lalamove untuk menghargai pengorbanan dan semangat rakan pemandu.
Ia bukan sekadar platform penghantaran, tetapi sebuah peluang kehidupan yang boleh merapatkan jurang antara cita-cita dan realiti.
Kenapa pilih Lalamove?
1. Peluang menjana pendapatan lumayan
2. Waktu kerja fleksibel (pilih masa dan lokasi ikut keselesaan anda)
3. Kebebasan memilih job yang sesuai dengan jadual sendiri
4. Ganjaran eksklusif untuk rakan pemandu
5. Perlindungan insurans kemalangan peribadi percuma
Nak jadi macam Izwan dan Ab Manan? Muat turun aplikasi Lalamove Driver untuk daftar sebagai rakan pemandu dan mula jana pendapatan sekarang!