MENJAGA ahli keluarga yang sedang sakit bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal, tetapi juga emosi.
Dalam tempoh ini, kita cenderung melihat setiap perubahan sebagai petanda mereka mungkin akan pergi selamanya.
Malah, perasaan takut kehilangan membuatkan kita semakin peka terhadap setiap gerak-geri dan reaksi mereka.
Menurut laman sesawang Medical News Today, berikut merpakan 10 petanda seseorang itu akan meninggal dunia:
1. Hilang selera
Apabila seseorang semakin hampir kepada kematian, mereka menjadi kurang aktif. Ini bermakna tubuh mereka memerlukan kurang tenaga.
Mereka mungkin berhenti makan atau minum seperti biasa kerana selera semakin berkurangan secara beransur-ansur.
2. Lebih banyak tidur
Menjelang kematian, seseorang mungkin akan menghabiskan lebih sedikit masa dalam keadaan sedar.
Jika anda menjaga insan tersayang yang sedang nazak dan sering mengantuk, pastikan mereka berada dalam keadaan selesa dan biarkan mereka tidur.
Penjaga perlu membantu menukar posisi mereka di katil setiap satu hingga dua jam.
Pendengaran sering menjadi deria terakhir yang hilang, jadi teruslah bercakap dengan mereka menggunakan nada yang tenang dan perlahan untuk memberi ketenangan.
3. Perubahan tabiat ke tandas
Oleh kerana individu yang sedang nazak kurang makan dan minum, mereka juga akan kurang buang air besar. Mereka mungkin kurang membuang najis dan kencing dengan lebih sedikit.
Apabila menjaga orang tua uzur, kita harus bersedia yang mereka boleh pergi pada bila-bila masa sahaja. -Gambar hiasan
3. Otot semakin lemah
Dalam beberapa hari terakhir, otot seseorang itu mungkin menjadi lemah.
Otot yang lemah boleh menyebabkan seseorang tidak lagi mampu melakukan perkara-perkara kecil seperti sebelum ini. Mereka mungkin tidak dapat minum dari cawan atau mengiringkan badan sendiri di katil.
Dalam situasi ini, ahli keluarga harus membantu mengangkat barang atau mengalihkan posisi mereka di katil.
4. Perubahan tanda-tanda vital
Apabila seseorang semakin menghampiri kematian, tanda-tanda vital mereka mungkin berubah seperti berikut:
- Tekanan darah menurun
- Perubahan dalam corak pernafasan
- Degupan jantung menjadi laju, lemah atau tidak teratur
- Nadi sukar dikesan
5. Suhu badan menurun
Beberapa hari sebelum seseorang meninggal dunia, peredaran darah akan berkurangan supaya darah tertumpu kepada organ dalaman. Ini menyebabkan aliran darah ke tangan, kaki dan kaki menjadi sangat sedikit.
Akibatnya, kulit mereka akan menjadi sejuk apabila disentuh, dan mungkin kelihatan pucat atau berbintik-bintik biru ungu.
Anak yang baik pasti akan berbakti kepada ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka. -Gambar hiasan
6. Perubahan pernafasan
Seseorang yang sedang nazak mungkin kelihatan sukar bernafas. Pernafasan mereka mungkin berubah secara tiba-tiba, dan mereka mungkin mengeluarkan bunyi seperti mendengus, berkokok atau berkeroncong.
Jika penjaga menyedari perubahan ini, mereka boleh cuba mencari posisi yang memudahkan pernafasan, sama ada berbaring terlentang, mengiring, duduk tegak atau posisi lain.
Sebaiknya rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat jika corak pernafasan ini membimbangkan.
7. Kurang bersosial
Apabila tenaga seseorang berkurang, mereka mungkin tidak lagi mampu meluangkan masa bersama orang lain seperti sebelumnya.
Jika mereka mula mengasingkan diri, ahli keluarga tidak perlu terasa hati. Sebaiknya, aturkan lawatan hanya apabila mereka bersedia menerima kunjungan.
8. Mengalami kekeliruan
Seseorang yang sedang menghampiri kematian mungkin akan keliru atau tidak lagi mampu bertutur dengan jelas. Ini boleh berlaku jika mereka tidak lagi dapat memahami situasi sekeliling.
Penjaga perlu terus bercakap dengan mereka, menjelaskan apa yang sedang berlaku dan memperkenalkan setiap pelawat yang hadir.
10. Halusinasi
Tidak luar biasa bagi seseorang yang sedang nazak mengalami halusinasi atau melihat perkara yang tidak nyata.
Walaupun ia membimbangkan, elakkan daripada menambah tekanan kepada mereka. Boleh bantu dengan mengingatkan masa, situasi semasa dan siapa yang berada di sisi mereka.
Nada suara yang tenang dan meyakinkan boleh mengurangkan rasa terkejut atau takut.