suria

Ramuan atasi anak selsema, batuk berkahak... Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah

Bahan-bahan di dapur boleh digunakan untuk membantu menghilangkan batuk dan selsema.

CUACA panas melampau yang sedang melanda Malaysia menyebabkan ramai mudah untuk jatuh sakit.

Bukan sahaja orang dewasa, golongan kanak-kanak paling mudah mengalami demam, selsema, batuk serta berdepan masalah kahak yang melampau.

Berikut kami kongsikan beberapa bahan mudah yang boleh didapati di dapur kediaman masing-masing untuk membantu menghilangkan batuk berkahak dan selsema kanak-kanak.

1. Bawang putih

Bawang putih sering menjadi bahan utama dalam masakan. Namun, ia juga boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selsema.

Caranya dengan membakar bawang putih hingga lembut, kenudian lenyekkan dan tambah sedikit minyak. Kemudian, lumurkan pada bahagian leher, dada dan belakang badan bayi atau kanak-kanak.

file7iez2tlhewx1en976f4j

Ramai kanak-kanak jatuh sakit ketika cuaca panas.

2. Madu asli

Petuanya mudah sahaja, ambil satu sudu madu asli, sebiji limau nipis dan tambah air secukupnya. Untuk bayi pula, seeloknya umur setahun ke atas baru boleh diberi madu dan air sahaja tanpa limau.

3. Daun kaduk

Bagi mereka yang duduk di kampung, pasti tidak susah untuk mendapatkan daun kaduk. Petuanya, ramas daun kaduk yang dicampur dengan air sehingga menjadi seperti paste.

Kemudian, adunan itu boleh dilumurkan pada bahagian dada, leher serta belakang badan.

4. Kunyit hidup

Satu lagi bahan yang sentiasa ada di dapur adalah kunyit hidup. Selain digukanan dalam masakan, anda juga boleh membakar kunyit hidup dan gesekkan ia pada lesung batu.

Ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada kanak-kanak. Jika hidung bayi tersumbat, boleh juga ambil ibu kunyit, sapu pada batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain