suria

Tiada selera makan nasi? Cuba 6 resipi roti bakar ini ketika sahur nanti, ringkas tapi mengenyangkan!

Pelbagai jenis resipi roti bakar boleh dibuat bagi menggantikan nasi ketika bersahur. -Gambar hiasan

PENGAMBILAN makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk memulakan hari anda adalah sangat disarankan oleh pakar nutrisi.

Selain berkhasiat, sesuatu makanan itu juga haruslah ringkas serta mudah disediakan kerana di pagi hari ramai yang kelang-kabut untuk bersiap ke tempat kerja.

Pencipta kandungan masakan, Linda Safar ada berkongsi resepi roti bakar di Facebook yang bukan sahaja sesuai untuk sarapan malah boleh dicuba ketika bersahur nanti memandangkan Ramadan juga hampir tiba.

Ayuh kita cuba sendiri di rumah dan rasai kelazatannya!

1) Roti bakar telur goyang

resepi roti bakar

Roti bakat telur goyang

- Bahan-bahan: Roti, cheese, telur

- Lenyek bulat di bahagian tengah roti

- Tabur cheese di sekeliling bahagian roti

- Letak telur di tengah roti dan set suhu ketuhar untuk 180’c selama 17 minit

2) Roti jagung cheese

resepi roti bakar

Roti jagung cheese

- Bahan-bahan: Roti, hirisan chicken ham, jagung, cheese.

- Campur dan sebatikan chicken ham dengan jagung dan mayonis.

- Lenyek bahagian tengah roti.

- Ratakan bahan tadi ke atas roti, lapis cheese di atas.

- Set suhu ketuhar kepada 180’C selama 15 minit.

3.Roti bakar gula

resepi roti bakar

Roti bakar gula

- Bahan-bahan: Roti, mentega, gula

- Hiris hiris bahagian atas roti dalam bentuk kotak seperti gambar di atas

- Tuang mentega (dicairkan) ke atas keseluruhan permukaan roti

- Tabur gula di atas, bakar dalam ketuhar 180’C selama 10 minit

4.Roti bakar blueberry

resepi roti bakar

Roti bakar blueberry

- Bahan-bahan: Roti, blueberry, yogurt, telur kuning

- Yogurt dan telur kuning digaul sekata di atas roti

- Lenyek bahagian tengah roti supaya jadi tenggelam sedikit dan ada ruang

- Tuang bancuhan tadi

- Susun blueberry

- Set suhu kepada 180’C selama15 minit

5) Roti telur udang

Roti telur udang

- Bahan-bahan: Udang, telur, roti, susu, timun

- campurkan telur, susu, garam

- Masak udang guna sedikit minyak

- Buat telur dadar dengan sedikit minyak

- Susun timun dengan potongan memanjang

- Susun telur dan udang di atas roti, kemudian letak sos jika suka

6) Roti sosej cheese

resepi roti bakar

Roti sosej cheese

- Bahan-bahan: Roti, sosej dan bawang, cheese parut

- Ratakan mayo dan sos tomato

- Tabur sedikit cheese

- Susun sosej

- Tabur daun bawang, cheese dan mayo

- Bakar suhu 180’c dalam ketuhar selama 15 minit

Selamat mencuba! - Linda Safar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain