suria

Takut kepala botak? Semak senarai buah ini untuk rambut sihat

Khasiat buah seperti pisang dan mangga mampu mampu menjamin kesihatan rambut anda. -Foto AFP

PENGAMBILAN minuman manis secara berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada obesiti dan kaviti gigi, malah boleh menjadi punca botak dalam kalangan lelaki.

Sesetengah lelaki yang mengalami masalah botak boleh mendapatkan rawatan implan rambut, namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk menghalangnya terjadi.

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Tsinghua di Beijing menyerlahkan potensi hubungan antara pengambilan minuman manis berlebihan dan permulaan awal kebotakan, lapor AFP Relaxnews.

Secara khusus, penyelidik mendapati bahawa orang yang minum beberapa minuman manis setiap minggu (termasuk minuman ringan, jus buah-buahan, minuman tenaga atau minuman teh ais) lebih cenderung untuk kehilangan rambut mereka.

hair loss.

Kepala yang botak bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri.

Untuk mencapai kesimpulan ini, pengarang kajian, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrients pada akhir tahun 2022, merekrut 1,951 peserta antara umur 18 dan 45 yang mana hanya 1,082 orang dikekalkan dalam analisis akhir.

Melalui penyelidikan itu, mereka perlu menjawab soalan tentang tabiat pemakanan dan kesihatan rambut.

Walau bagaimanapun, saiz sampel kajian yang kecil dan kekurangan penyelidikan konklusif mengenai subjek khusus ini masih belum membenarkan para saintis untuk menyatakan kewujudan hubungan sebab akibat antara pengambilan minuman ringan bergula secara tetap dan risiko kebotakan pramatang.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut rosak guna hair dryer? Jangan bimbang, 5 tip ini boleh bantu selesai masalah anda

Bagi mereka yang takut rambut gugur, beberapa penyelesaian semula jadi boleh membantu mengekalkan rambut tahan lebih lama.

Brokoli sebagai contoh, boleh menjadi sumber yang baik dalam pemakanan anda kerana ia mengandungi sulforaphane, sebatian organik yang diketahui melambatkan keguguran rambut.

Menurut Skin Kraft pula, buah oren yang kaya dengan vitamin C mempunyai antioksidan yang boleh merawat keguguran dan kerosakan rambut.

Customers picking fruits at a stall in Cecil Market, Penang.Starpic by LIM BENG TATT/The Star/ 22 April 2020.

Buah oren, kiwi dan pisang memberi khasiat buat kesihatan rambut.

Untuk kesihatan kulit kepala pula, anda dinasihatkan supaya mengambil buah pic yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan potassium, serat dan protein.

Selain itu, pisang yang mengandungi vitamin B juga mampu membaik pulih kulit kepala serta menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bagi yang takut untuk kelihatan tua, pengambilan buah kiwi yang mengandungi potassium, vitamin C, vitamin K dan vitamin E mampu menghalang kemunculan uban atau rambut putih.

Antara buah lain yang disenaraikan bagus untuk rambut adalah anggur, betik, kurma, ceri, dan mangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain