suria

Masih ramai wanita tak cukup info tentang Zon-V, teroka saja model rahim maya 3D bersama Libresse!

Ramai yang masih malu bertanyakan isu berkaitan miss V.

PERNAHKAH anda terfikir untuk meneroka perjalanan awal kehidupan manusia?

Kini peluang menerokai pengembaraan yang unik itu terbuka melalui kempen Libresse® Wonders of the Womb.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil lebih yakin! Libresse V-Kebaya meraikan perkembangan budaya wanita Malaysia

Pelancaran Wonders of the Womb: A Virtual Discovery (Keajaiban Rahim: Suatu Penerokaan Maya) menjadi intipati kempen yang menawarkan pengalaman interaktif unik menerusi laman mikro kempen Wonders of the Womb Libresse® di https://libressemy.com/wow/.

Menerusi kempen tersebut, para wanita boleh memanfaatkan alatan interaktif yang disediakan untuk meneroka model rahim maya 3D dan mengetahui fakta-fakta menarik tentang organ reproduktif yang penting ini.

Selain itu, Libresse® juga turut bekerjasama dengan penyokong pergerakan pro-sosial Peduli Merah yang cukup berdedikasi dalam menangani isu kemiskinan haid di samping meningkatkan kesedaran dan menormalisasikan perbincangan tentang Zon-V serta kesihatan haid wanita.

Menurut Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia, Cheryl Wang, walaupun berada dalam zaman yang moden, pemahaman tentang kesihatan Zon-V masih rendah dan berdasarkan kajian pengguna, terdapat dua daripada tiga wanita mengalami kesukaran untuk bertanya soalan atau bercakap secara terbuka berkenaan topik tersebut.

Perkongsian rahim wanita secara 3D.

Perkongsian rahim wanita secara 3D.

"Ini jelas menunjukkan bahawa masih terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi merapatkan jurang maklumat dalam pengetahuan tentang Zon-V.

"Sebagai peneraju jenama dalam bidang kebersihan feminin, kami akan terus meningkatkan komitmen untuk menyokong perjalanan wanita bagi meneroka dan memahami Zon-V. Lebih utama sekali, kami bertekad untuk membina persekitaran di mana wanita tidak terhalang daripada mempelajari tentang Zon-V mereka, malah lebih diperkasakan untuk menjalani kehidupan yang diinginkan tanpa berasa malu atau ragu," ujarnya dalam kenyataan.

Kempen Libresse® Wonders of the Womb ini membuka peluang kepada wanita untuk menyelami sistem reproduktif mereka dan mengetahui lebih banyak tentang anugerah kewanitaan, rahim, organ unik di mana kehidupan bermula.

Malah ia merupakan otot yang paling kuat dalam badan seseorang wanita dan mampu mengembang sehingga 1,000 kali daripada saiz asalnya bagi menyokong perkembangan janin selain boleh kembali ke saiz asal selepas melahirkan anak. Inilah yang berlaku setiap kali seseorang wanita mengandung.

Bagi Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Patricia Lim Su-Lyn, pengetahuan dan pemerkasaan tentang Zon-V perlu datang seiring.

Terokai gambaran ovari 3D secara maya.

Terokai gambaran ovari 3D secara maya.

"Ramai wanita muda mempunyai pelbagai persoalan tetapi takut hendak bertanya, akibatnya ramai yang tidak tahu cara menjaga Zon-V mereka dengan lebih baik. Malah mereka juga tidak mengenali tanda-tanda yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena kerana tidak mendapatkan nasihat doktor.

"Daripada akil baligh dengan permulaan haid sehinggalah perkara-perkara penting yang berkaitan kewanitaan seperti kesuburan, kehamilan, dan menopaus, wanita sebenarnya memerlukan penjagaan kesihatan reproduktif jangka panjang dan lebih kerap berbanding lelaki. Maka, memperkasakan mereka dengan pengetahuan dalam menjaga dan melindungi Zon-V serta mengekalkan kesihatan adalah sangat penting," ujarnya.

Libresse® juga mempelawa wanita meninjau laman TikTok rasmi Libresse®, https://www.tiktok.com/@libressemalaysia untuk menonton siri video pendek yang bukan sahaja informatif malah menghiburkan dalam menyentuh semua aspek berkenaan anggota rahim, dan menjemput wanita untuk mengikuti acara kempen Wonders of the Womb Libresse® yang boleh distrim secara langsung di laman Facebook (@libressemalaysia) dengan anjuran bersama Peduli Merah dan Persatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Rabu, 8 Jun, dari jam 8.00 - 10.00 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain