suria

Tampil lebih yakin! Libresse V-Kebaya meraikan perkembangan budaya wanita Malaysia

Produk terbaharu ini adalah usaha untuk mewujudkan ruang agar kaum wanita bebas menjalani kehidupan mereka tanpa perlu bimbang tentang tabu zon-V.

SEMPENA sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Libresse yang terkenal dengan perjuangan dan usaha dalam mendidik serta memperkasa golongan wanita di Malaysia melancarkan koleksi terbaharu dikenali Libresse V-Kebaya.

Produk edisi terhad ini direka bagi mengembalikan keyakinan zon-V melalui interpretasi moden corak kebaya nyonya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba bermacam cara tetap ‘tak jalan’, ketahui sebab bulu kening mudah gugur

Menariknya ia menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghiasi rekaan bungkusan dan tuala wanita edisi terhad ini adalah untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha menormalkan tabu berkaitan zon-V.

"Peranakan atau Baba Nyonya yang menggabungkan budaya Melayu dan Cina ini menghasilkan kebaya Nyonya. Rekaannya yang menggunakan kain berkerawang mengikut bentuk tubuh ini amat dekat di hati rakyat Malaysia.

"Muncul pada era 1920-an, kebaya Nyonya kekal menjadi ikon pakaian tradisional yang disukai ramai dan ia memberi inspirasi kepada kami untuk melancarkan koleksi edisi terhad ini yang turut meraikan perkembangan budaya wanita di negara kita," kata Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia, Deenie Ong.

Group Product Pix_Libresse V-Kebaya Limited Edition_lores

Produk edisi terhad ini direka bagi mengembalikan keyakinan zon-V melalui interpretasi moden corak kebaya Nyonya.

Menurut Deenie, produk terbaharu ini adalah usaha untuk mewujudkan ruang agar kaum wanita bebas menjalani kehidupan mereka tanpa perlu bimbang tentang tabu zon-V dan usaha ini bermula dengan mengambil tahu dan menghargai zon-V.

"Rekaan kebaya ini memberi mesej yang cukup kuat bahawa zon-V adalah sebahagian daripada kita dan sepatutnya menjadi kebanggaan dan keyakinan kaum wanita," jelasnya.

Apa menariknya Libresse V-Kebaya edisi terhad ini?

1. Libresse V-Kebaya menawarkan ciri dan kelebihan yang sama seperti yang ada pada pad Libresse lain.

2. Rekaan SecureFit dengan bahagian hadapan lebih lebar, tirus di tengah dan berbelah di belakang supaya memberi padanan sempurna pada kontur badan wanita.

3. Deep Flow Channels (DFC) untuk penyerapan pantas. Kedua-dua ciri daripada Libresse ini memberi padanan lebih sempurna dan penyerapan unggul untuk perlindungan terbaik serta keyakinan menyeluruh.

Key Image 3_Libresse V-Kebaya Limited Edition

Miliki juga beg V-Kebaya rekaan eksklusif bagi setiap pembelian pek Big Value Libresse® V-Kebaya Tanpa Haruman.

Ikuti Shopee Vinda pada 8 September (Rabu), pukul 3 petang atau Facebook Watsons Malaysia pada 15 September (Rabu) pada pukul 12 tengah hari untuk menyertai Sesi Siaran Langsung Libresse V-Kebaya bersama personaliti Malaysia Ili Ruzanna dan Amanda Andrea, yang akan berkongsi lebih lanjut mengenai Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad serta tawaran dan hadiah eksklusif yang akan diberikan.

Pad wanita edisi terhad ini, yang berharga dari RM6.60 hingga RM18.20, boleh didapati di kedai-kedai runcit serta farmasi dan pasar raya seluruh negara.

Untuk tempoh terhad, miliki juga beg V-Kebaya rekaan eksklusif bagi setiap pembelian pek Big Value Libresse® V-Kebaya Tanpa Haruman (selagi stok masih ada).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain