suria

Tabiat gigit kuku boleh sebabkan jangkitan bakteria... punca 6 masalah kesihatan  

Menggigit kuku merupakan antara tanda-tanda ketidakseimbangan emosi seseorang selain mengalami jangkitan bakteria.

SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku dan ia membuatkan kawasan kutikula mengelupas sehingga berdarah. Malah, ada yang melakukan rutin ini tanpa sedar.

Menurut ulasan yang diterbitkan dalam American Journal of Orthodontics and Dentofacial Orthopedics (AJODO), menggigit kuku boleh dikatakan tanda-tanda ketidakseimbangan emosi.

ARTIKEL BERKENAAN: Jangan dah sampai tahap 5 baru menyesal! Ketahui 9 cara jaga buah pinggang

Manakala dalam istilah perubatan, menggigit kuku dikenali sebagai onycophagia. Pakar mendefinisikan onycophagia ini adalah sejenis isyarat bahawa anda berasa takut, letih atau tertekan.

Pun begitu, terdapat beberapa faktor bahaya apabila seseorang kerap menggigit kuku yang mengintai kesihatannya, termasuklah;

1. Jangkitan

Menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kulit di sekeliling kuku. Ini kerana, setiap kali seseorang menggigit kuku, ia bukan sahaja mendedahkan kulit halus di bawah kuku, malah membuka pintu untuk bakteria atau patogen dari mulut anda tersebar.

"Rongga mulut setiap daripada kita penuh dengan bakteria, jadi anda dengan mudah boleh menjangkiti diri sendiri jika kerap menggigit kuku," kata Profesor Bersekutu di Jabatan Psikologi, Universiti George Washington, Adam Friedman.

2. Kuku tumbuh ke dalam

Pernahkah anda mendengar tentang rambut tumbuh ke dalam?, ternyata kuku juga boleh mengalami perkara yang sama. Friedman berkata kuku mengandungi lapisan degeneratif yang dipanggil 'matriks', iaitu berbentuk seperti lapisan di mana semua sel kuku berkembang.

Atas dasar itu, jangkitan akibat gigitan kuku boleh merosakkan matriks sehingga mengakibatkan kuku tumbuh ke dalam (ingrown nail) atau kelainan bentuk kuku.

3. Keradangan

Dalam pada itu, air liur bukan sahaja berguna untuk membasahkan mulut tetapi komposisi air liur membolehkan manusia memecahkan lemak dan molekul makanan lain.

Dalam konteks pencernaan, faktor itu pasti membantu, tetapi tidak dalam konteks menggigit kuku. Apabila jari terus masuk ke dalam mulut, air liur akan mencetuskan keradangan, disamping elakkan menjilat bibir yang boleh menyebabkan kering dan merekah.

4. Sakit perut

Kuku umpama pelabuhan untuk semua jenis bakteria, terutamanya keluarga Enterobacteriaceae. Pakar Kuku di Weill Cornell Medical College, Richard Scher, menjelaskan bahawa Enterobacteriaceae termasuk salmonella dan E. coli.

Pun begitu, apabila anda sering menggigit kuku, bakteria akan berakhir di dalam mulut dan usus seseorang di mana ia boleh menyebabkan jangkitan pencernaan, mengakibatkan sakit perut dan cirit-birit.

5. Kerosakan gigi

Tabiat menggigit kuku bukan sahaja membawa masalah kepada jari dan penghadaman, juga gigi. Scher berkata, kesan jangka panjang akan berlaku pada gigi anda jika rutin itu berterusan.

"Kekerapan menggigit kuku boleh mengakibatkan pertumbuhan gigi yang lemah dan gigi beralih kedudukan atau membentuk menjadi ganjil," kata Scher.

6. Herpes tangan

Istilah 'herpes tangan' ialah keadaan yang dipanggil herpetic whitlow, namun seseorang yang mempunyai gejala herpes mulut ia boleh menjangkiti jari mereka dengan virus dari rongga mulut.

Jangkitan akan menyebabkan gejala seperti rasa pedih yang menyakitkan di jari, demam, dan dalam seminggu jari akan dipenuhi kudis atau darah muncul dan menyakitkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain