suria

Bukan hanya kerana perbuatan syirik, ini 5 sebab lain mengapa seseorang muntah darah!

Ada pelbagai sebab seseorang itu muntah darah.

PENYEBAB muntah darah yang paling umum biasanya disebabkan oleh gangguan pada saluran penghadaman, perut atau usus kecil.

Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai hematemesis dan biasanya ia perlu mendapatkan rawatan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan dah sampai tahap 5 baru menyesal! Ketahui 9 cara jaga buah pinggang

Justeru jangan pandang ringan jika muntah darah, sebaliknya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mengetahui punca sebenar.

Berikut adalah beberapa kemungkinan yang menyebabkan seseorang muntah darah selain disebabkan gangguan pada saluran penghadaman, perut atau usus kecil.

penyebab-muntah-darah-1

1. Keradangan perut

Komplikasi keradangan perut boleh menyebabkan seseorang mengalami muntah darah. Penyebab keadaan ini boleh disebabkan ulser di bahagian perut atau keradangan pada lapisan perut (gastrik).

2. Gastrik parah

Gastrik atau Gastro Esophageal Reflux (GERD) yang parah boleh menyebabkan pesakit muntah darah. Keadaan ini disebabkan bahagian kerongkong luka ketika berlaku kerengsaan gastrik.

3. Tertelan darah

Darah yang tertelan ketika hidung berdarah boleh juga menyebabkan seseorang kembali memuntahkan darah tersebut.

Warna darah yang keluar biasanya berwarna hitam atau coklat gelap.

068808900_1579688272-Penyakit-Penyakit-Muntah-Darah-Shutterstock_1315794878

4. Keracunan

Ketika seseorang tanpa sengaja menelan racun berbahaya, mereka boleh muntah darah sebagai tindak balas terhadap pengambilan bahan tersebut.

5. Kanser tekak, perut atau hati

Penyebab muntah darah yang jarang tetapi boleh terjadi adalah gejala kanser tekak, perut dan hati. Gejala penyakit ini biasanya akan menyebabkan pesakit muntah darah dengan kerap selain penurunan berat badan secara drastik tanpa sebab jelas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain