suria

Dua bahagian pada kenderaan ‘simpan’ paling banyak bakteria, anda mungkin enggan makan dalam kereta lagi selepas ini

Terdapat pelbagai jenis bakteria di bahagian tempat duduk pemandu.

BAHAGIAN dalam kereta anda mungkin lebih kotor berbanding tandas menurut penyelidikan dari Universiti Aston di Birmingham, England.

Tempat duduk pemandu dan but adalah bahagian yang mempunyai tahap pencemaran bakteria paling tinggi. Lebih menakutkan pada bahagian itu didapati mengandungi bakteria daripada najis.

ARTIKEL BERKAITAN: SPM makin dekat, dah sedia ke? Aplikasi percuma ini bantu pelajar hadapi peperiksaan, siap dapat hadiah!

Kajian itu turut menunjukkan bahawa tahap pencemaran bakteria tertinggi ditemui di dalam but kereta (1,425 bakteria dikenal pasti) dan di tempat duduk pemandu (649).

Manakala bahagian gear, papan pemuka (dashboard) dan tempat duduk belakang juga mempunyai tahap pencemaran bakteria yang tinggi di mana semuanya menyamai atau lebih tinggi daripada bakteria di tempat duduk tandas.

Bahagian stereng pula paling kurang tercemar iaitu dengan 146 bakteria ditemui - yang menunjukkan kesan positif penggunaan pembersih tangan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Lebih membimbangkan, semua kereta yang terlibat dalam kajian itu mengandungi bakteria najis di dalam but dan di tempat duduk pemandu manakala kereta yang lebih berusia mencatatkan jumlah kuman paling tinggi.

Hasil kajian ini juga,mungkin membuatkan kita perlu mempertimbangkan semula tabiat makan di dalam kereta atau perlu memastikan bahawa sentiasa mencuci tangan dengan bersih dan elak mengutip makanan yang jatuh di atas karpet kereta aatau tempat duduk.

Begitu juga dengan barang-barang segar yang dibeli dan diletakkan di dalam but perlu dibersihkan sebelum dimakan terutamanya jika ia menyentuh permukaan dalam but.

Untuk menjayakan penyelidikan ini, penyelidik mengambil sampel daripada pelbagai bahagian kereta jenis Peugeot 307-SW, VW Golf, Ford Focus, Honda Jazz dan Peugeot 308 untuk menentukan tahap pencemaran bakteria.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain