suria

Ketahui punca pening dan cara hilangkan kesakitannya... makan cili salah satu kaedah anda boleh cuba

Selain rasanya yang pedas, cili berkesan untuk menghilangkan rasa pening.

KEPALA pening memang terasa sangat mengganggu, tidak selesa malah boleh mengganggu aktiviti harian anda.

Pening merupakan perasaan tidak seimbang dalam badan yang dialami oleh seseorang, menyebabkan individu tersebut berasa mahu pengsan, persekitaran berpusing atau berasa loya.

ARTIKEL BERKAITAN: Strawberi boleh tingkatkan kualiti sperma, 9 makanan ini umpama Viagra semula jadi lelaki

Secara teorinya, pening bukanlah sejenis penyakit tetapi diri dipengaruhi oleh keadaan yang kurang stabil.

Terdapat beberapa punca boleh mencetuskan pening, seperti pengambilan alkohol berlebihan, vertigo, tekanan darah rendah (kandungan gula dalam darah rendah) dan berisiko mengalami strok.

Apabila keluarga atau rakan-rakan jatuh pengsan akibat pening, segeralah menghubungi unit kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Punca lain pening termasuklah dehidrasi, hiperventilasi, kebimbangan dan gangguan panik, jangkitan telinga, penyakit Meniere, dan keradangan telinga dalam atau labirinitis.

Selain itu, pengambilan ubat ubatan tertentu boleh menyebabkan pening yang agak lama, malah, sesetengah jenis ubat diketahui mempunyai kesan sampingan seperti pening.

Cara menghilangkan pening

Secara amnya, pening akan hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pening boleh bertahan lama sehingga mengganggu aktiviti harian.

Menurut Healthline, berikut adalah makanan dan nutrien tertentu diketahui dapat membantu melegakan gejala pening, termasuk;

1. Minum air mineral

Dehidrasi adalah salah satu punca pening yang paling biasa berlaku jika anda berasa letih dan dahaga. Amalkan pengambilan air yang seimbang agar tubuh sentiasa dalam keadaan terhidrat.

img-khasiat-halia-cover-min

2. Halia

Halia diketahui mempunyai banyak khasiat, salah satunya adalah membantu untuk melegakan pening. Anda disarankan minum teh halia atau minuman tambahan halia untuk melegakan 'kekacauan' di kepala.

3. Vitamin C

Konsumsi vitamin C didakwa dapat mengurangkan pening untuk penghidap penyakit Meniere. Makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah oren, anggur, strawberi, cili, vitamin E.

Vitamin E dapat membantu mengekalkan keanjalan saluran darah yang dapat mengelakkan masalah peredaran darah yang mana ia adalah salah satu punca pening.

Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuklah gandum, biji-bijian, kiwi dan bayam.

4. Zat Besi

Zat besi diperlukan bagi seseorang yang sering mengalami pening kepala akibat anemia, kebiasaannya ia boleh didapati dalam makanan seperti daging merah, ayam, kacang, sayur-sayuran berdaun gelap.

Selain itu, rata-rata pakar mendakwa langkah-langkah berikut boleh menghilangkan rasa pening yang berpanjangan, termasuklah berbaring dan tutup mata, melakukan akupunktur, menguruskan tekanan dengan baik serta berehat dengan cukup.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain