suria

Strawberi boleh tingkatkan kualiti sperma, 9 makanan ini umpama Viagra semula jadi lelaki

Mengamalkan makanan sihat dan seimbang juga merupakan salah satu faktor yang membantu kaum lelaki mendapat viagra semulajadi.

VIAGRA dikenali sebagai produk yang boleh menyelesaikan masalah seksual lelaki yang biasanya diambil sebelum hubungan seks dengan pasangan.

Ramai pengguna Viagra yang pernah mengadu tentang pelbagai kesan sampingan selepas mereka kerap mengambil ubat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut... wajah maskulin, suara 'jantan' antara ciri-ciri lelaki hasilkan sperma tidak sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kata air mani bagus untuk hilangkan jerawat dan cegah penuaan... Ini penjelasannya!

Daripada menggunakan ubat kuat, terdapat beberapa alternatif Viagra semulajadi yang boleh anda gunakan, seperti;



Tak perlu bergantung kepada viagra dan lelaki patut mula mengamalkan pemakanan sihat.

Apakah Viagra semula jadi?

Menurut laman Mens Health UK, natural Viagra adalah istilah yang digunakan untuk produk semula jadi yang didakwa mampu mengatasi masalah fungsi seksual lelaki.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa produk botani (kajian saintifik hidupan tumbuhan) tertentu dan suplemen jenis asid amino yang diluluskan boleh merawat disfungsi erektil (lemah tenaga batin).

Makanan juga boleh menjadi Viagra semula jadi tanpa efek sampingan seperti mana yang dihasilkan jika seseorang itu mengambil pil atau ubat berkenaan, termasuk;

1. Ginseng merah Korea

Ginseng merah Korea dipercayai dapat meningkatkan kekuatan dan tenaga dengan meningkatkan sistem saraf.

Pada tahun 2002, hasil penyelidikan yang dilaporkan melalui British Medical Journal, seramai 45 lelaki mendapat manfaat daripada ereksi yang memuaskan, lebih keinginan seksual dan tahap tekanan yang lebih rendah.

2. Delima

Seperti yang dikatakan dari pelbagai sumber, jus delima mempunyai keupayaan yang sama seperti Viagra dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk.

Delima kaya dengan antioksidan yang boleh meningkatkan aliran darah melalui kawasan kemaluan.

3. Tembikai

Tembikai adalah salah satu buah terbaik untuk meningkatkan seksualiti dan daya tahan lelaki, malah sitrulin dalam tembikai menyempitkan saluran darah dan menghasilkan arginine yang menghasilkan Nitric Oxide.

Nitrik oksida memainkan peranan penting dalam kehidupan seksual anda, selain meningkatkan emosi dan memberikan ereksi yang lebih kuat.

4. Sayuran hijau

Bayam, kobis dan sayur-sayuran hijau lain boleh dimakan sebagai alternatif kepada Viagra - ia mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Penyelidik mengatakan bahawa vitamin E meningkatkan tenaga batin dan mengeluarkan hormon untuk memuaskan keintiman.

5. Biji labu

Biji labu terdiri daripada zink dan asid lemak omega-3.

Bahan-bahan ini juga boleh membantu meningkatkan hormon seks anda.

6. Strawberi

Dikatakan strawberi juga bertindak seperti Viagra.

Buah ini kaya dengan Vitamin C dan boleh meningkatkan kualiti sperma.

7. Pisang

Pisang mempunyai sejumlah besar kalium yang meningkatkan aliran darah, malah vitamin B dalam buah ini meningkatkan tenaga dan anda boleh melakukan aktiviti lebih lama di atas katil.

Buah yang sering menjadi pilihan ramai itu juga dikatakan dapat meningkatkan testosteron.

8. Avokado

Avokado mempunyai vitamin B6, asid folik dan lemak yang menyihatkan jantung dimana ia mampu memberi anda lebih tenaga.

Vitamin B6 adalah yang paling penting kerana ia membantu penghasilan hormon lelaki, kerana avokado adalah kunci kepada dorongan seks yang kuat.

9. Cili

Cili juga bertindak meningkatkan aliran darah dan libido (dorongan seks).

Anda boleh tambahkan sedikit rempah semasa memasak dan hidangkan kepada yang tersayang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain