suria

Makan 5 sayuran pengganti nasi ini bagi yang sedang diet rendah karbohidrat

Zukini antara sayuran yang mempunyai rendah karbohidrat dan sesuai dijadikan sebagai pengganti nasi.

NASI adalah makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi bukan sahaja mudah disediakan tetapi mengenyangkan.

Selain itu, nasi juga tidak mempunyai rasa yang keterlaluan serta boleh dijadikan pelbagai hidangan. Namun sayangnya, nasi sering dianggap ancaman kepada kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 3 mitos diet... Tak payah ikut kalau nak kurus!

Ini kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi serta boleh menyebabkan risiko obesiti serta pelbagai penyakit seperti diabetes, jantung dan sebagainya.

Bagaimanapun bagi yang sedang menjalani diet rendah karbohidrat ada beberapa makanan lain yang boleh dijadikan pengganti nasi dalam diet anda.

1. Bunga kobis

Bunga kobis mengandungi karbohidrat dan kalori yang rendah selain ia mempunyai rasa yang ringan serta tekstur hampir sama dengan nasi.

Setiap bahagian bunga kobis (57 gram) hanya memiliki 13 kalori manakala dengan jumlah sama, nasi didatangkan dengan 100 kalori!

2. Brokoli

Khasiat brokoli hampir sama dengan bunga kobis. Ia hanya mengandungi 15 kalori dan dua gram serat bagi setiap pengambilan 57 gram.

Selain rendah kalori, brokoli juga kaya dengan dengan vitamin C.

3. Nasi shirataki

Nasi shirataki adalah makanan ruji bagi masyarakat di Jepun. Satu bahagian nasi tersebut (85 gram) mengandungi hanya lima kalori!

4. Kobis

Kobis mengandungi vitamin C dan K yang cukup baik bagi kesihatan. Vitamin K membantu tubuh mengatur aliran darah selain menjaga kesihatan tulang. Paling penting ia rendah kalori.

5. Zukini

Sekilas, zukini nampak macam timun tetapi kedua-dua jenis sayuran ini berbeza. Zukini adalah pengganti nasi yang baik.

Ini kerana ia rendah karbohidrat dan hanya mengandungi empat gram karbohidrat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain