suria

Bukan sebab berpeluh saja, jom ambil tahu jenis bau badan disebabkan masalah kesihatan

Bau badan boleh disebabkan masalah kesihatan yang mungkin tidak anda sedari.

BARANGKALI ramai yang tidak tahu bahawa badan berbau ini bukanlah hanya muncul disebabkan masalah kebersihan sahaja tetapi boleh menjadi petanda seseorang mengalami masalah kesihatan.

Secara asasnya bau badan terjadi akibat pengeluaran peluh berlebihan sehinggakan kebersihan dan penampilan diri seseorang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja bawang tapi jangan tak tahu, 5 makanan ini buat badan berbau!

Tetapi tahukah anda masalah kesihatan juga merupakan punca utama menyebabkan pelbagai jenis bau badan 'timbul' daripada tubuh seseorang?

Antara bau yang dikeluarkan oleh badan seseorang disebabkan masalah kesihatan adalah;



Bau badan boleh membuatkan orang disekeliling berasa tidak selesa.

1. Bau hanyir

Bau hanyir adalah salah satu bau yang boleh dikeluarkan oleh badan manusia. Ia besar kemungkinan disebabkan seseorang itu mengalami penyakit metabolik iaitu trimethylaminuria berpunca daripada proses pencernaan zat kimia yang tidak dapat dihancurkan dengan baik.

Selain itu, trimethylaminuria ini juga boleh terjadi disebabkan kelainan genetik menyebabkan tubuh mengeluarkan aroma ikan yang hanyir.

Terdapat beberapa bahagian badan akan berbau busuk seperti mulut, ketiak, air kencing, rambut atau nafas.

2. Bau 'pahit'

Tubuh manusia juga boleh mengeluarkan bau 'pahit' dan bau itu biasanya petanda seseorang itu mengalami masalah berkaitan hati.

Hal ini disebabkan ginjal dan hati berperanan membantu tubuh untuk menghilangkan racun. Oleh itu, jika dua organ ini tidak berfungsi dengan baik racun dapat berkumpul di dalam darah sehinggakan dirembeskan sebagai bau badan.

3. Bau telur busuk

Antara sebab badan berbau telur busuk berpunca daripada pemakanan seseorang. Jika terlalu banyak makan daging merah dan tubuh tidak dapat mencernanya dengan sempurna - ia menyebabkan terdapat bau yang kurang menyenangkan.

Hal ini disebabkan kandungan asid amino mengandungi sulfur daripada daging merah.



Bau badan boleh menceritakan tentang tahap kesihatan seseorang.

4. Bau alkohol

Jika anda seorang yang tegar minum minuman beralkohol anda pasti tahu bagaimana busuknya bau itu. Bukan sahaja bau di mulut malah jika tidak dikawal boleh menyebabakn satu badan berbau.

Ini disebabkan hati tidak daapt memproses minuman tersebut dan baunya keluar sebagai peluh.

5. Bau 'Hot flash'

Hot flash adalah rasa panas secara tiba-tiba di bahagian tertentu seperti wajah, leher atau pun dada.

Biasanya, ia berlaku kepada wanita hamil atau sebelum mengalami monopause. Peluh ini akan menyebabkan tubuh seseorang mudah berbau.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain