suria

Bulu mata tumbuh ke dalam antara 12 punca mata berair, ketahui cara merawatnya tanpa berjumpa doktor!

Mata berair boleh disebabkan pelbagai perkara dan kebiasaannya ia tidak merbahaya.

MATA kita biasanya mengeluarkan air mata ketika beremosi, ketawa, batuk, muntah atau pun ketika menguap.

Air mata memiliki manfaat menjaga mata agar tetap lembap sekaligus membersihkan mata daripada zat asing dan debu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil mudah jika telinga berbau... Jom kenali 5 sebab dan cara mengatasinya

Ia juga sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh yang melindungi kita daripada jangkitan kuman. Kelenjar di bawah kelopak mata yang menghasilkan air mata mengandungi garam dan air.

Ketika mata berkedip, air mata mengalir dan menjaga mata tetap lembap. Ia bertugas menghasilkan minyak yang mencegah air mata daripada mengering.

Mata berair adalah masalah kesihatan yang biasanya dapat sembuh dengan sendiri. Bagaimanapun adakalanya mata berair perlu diubati, terutamanya jika ia menganggu penglihatan dan aktiviti harian.



Mata berair boleh dirawat tanpa berjumpa doktor.

Berikut situasi yang biasanya menjadi sebab mata berair:

1. Mata kering

2. Keadaan cuaca berdebu, berangin, sejuk, terlalu panas atau terkena asap

3. Mata tegang atau letih

4. Selesema atau elergi

5. Keradangan kelopak mata

6. Gangguan pada kelopak mata seperti kalazion atau ektropion

7. Bulu mata tumbuh ke dalam

8. Mata merah atau jangkitan konjungtivitis

9. Saluran air mata tersumbat

10. Sakit mata kerana benda asing, bahan kimia, gas atau cecair

11. Cedera seperti luka

12. Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu



Ada pelbagai tabiat yang dilakukan menyebabkan mata berair dan merah.

Bagi mempercepatkan mata untuk sembuh, ia boleh diatasi dengan;

1. Jangan membaca, menatap TV, komputer, skrin telefon dan sebagainya

2. Titiskan ubat mata

3. Tekap mata dengan kain suam

4. Sekiranya semua langkah itu tidak berhasil, sebaik-baiknya segera berjumpa doktor bagi mengelakkan masalah lain berlaku.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain