Madu memang banyak khasiat tapi ada 4 pantang larang yang anda perlu tahu!

Madu juga ada pantang larang sebelum memakannya bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan kesihatan anda.

RAMAI yang menjadikan madu sebagai makanan tambahan kerana ia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Bagaimanapun di sebalik kebaikannya, tahukah anda, ada pantang larang yang tidak boleh dilakukan selepas minum madu?

ARTIKEL BERKAITAN: Nangka pengganti daging, bukan sahaja enak tetapi kaya protein

Ada mengatakan, jika pantang larang ini dilanggar ia mungkin membuatkan khasiatnya tidak berguna kepada tubuh kita, malah boleh menyebabkan masalah obesiti dan penghadaman. Apa pantang larang tersebut?

1. Jangan tidur selepas minum madu

Ada sesetengah orang yang minum madu sebelum tidur kononnya untuk menjaga kesihatan. Tetapi sebenarnya, madu memiliki kandungan kalori yang cukup tinggi.

Satu sudu madu sekurang-kurangnya mempunyai 64 kalori sementara gula hanya mengandungi 49 kalori dalam jumlah sama.

Ganti kebiasaan minum madu ini pada waktu pagi agar kalorinya dapat terbakar. Jika kita minum sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan risiko obesiti.

2. Elak makanan bergula selepas minum madu

Ramai menjadikan madu sebagai pengganti gula. Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula, madu asli juga kaya dengan kandungan magnesium, kalium, antioksidan dan mineral.

Pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Sebaik-baiknya, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula selepas minum madu.

3. Jangan minum madu dalam kedaan panas

Sebaik-baiknya jangan minum madu yang dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya.

Masyarakat India juga percaya mencampurkan madu dengan minyak sapi boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh.

4. Jangan beri madu pada bayi

Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.

Bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

Namun jika selepas minum madu anda berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Madu, Pantang Larang Madu, Madu Panas,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain