Tumor otak ragut nyawa vokalis Roxette, ketahui 5 petandanya - Famili | mStar

Tumor otak ragut nyawa vokalis Roxette, ketahui 5 petandanya

Marie Fredriksson meninggal dunia selepas 17 tahun menderita penyakit tumor otak.

BEBERAPA hari lalu, dunia muzik antarabangsa dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan duo Roxette, Marie Fredriksson selepas 17 tahun melawan derita tumor otak.

Marie, 61, mengecap populariti bersama Per Gessle sejak 1986 menerusi lagu hit mereka seperti Listen to Your Heart, It Must Have Been Love, Vulnerable dan Joyride.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Jantung boleh berhenti bila-bila masa, ketahui punca dan rawatan

Penyanyi itu pertama kali diserang penyakit itu pada September 2002 selepas mengalami kekejangan ketika berada di dalam bilik air sebelum disahkan menghidap tumor otak.

Ketika itu, dia diberitahu hanya mempunyai 25 peratus peluang untuk terus hidup. Bagaimanapun semangat melawan penyakit itu membuatkan Marie kembali bangkit serta meneruskan kerjayanya seperti biasa.

Sehinggalah 2016, Marie mengumumkan pengundurannya daripada bidang muzik namun sempat melancarkan single terbaharu berjudul Sing Me a Song bersempena ulangtahunnya yang ke-60, tahun lalu.

Apa sebenarnya tumor otak? Ia mempunyai beberapa jenis dan ada diantaranya boleh dikategorikan sebagi kanser.

Terdapat beberapa ciri untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami tumor otak, namun ia boleh menjadi berbeza-beza bergantung kepada jenis tumor.

Namun secara umumnya, tumor otak boleh dikesan menerusi beberapa tanda ini;

1. Sakit kepala berpanjangan

Sakit kepala berpanjangan adalah tanda paling biasa oleh pesakit tumor otak. Kebiasaannya sakit itu menyerang pada waktu pagi atau secara tiba-tiba ketika sedang melakukan aktiviti.

Sakit itu terjadi kerana tumor tersebut menekan saraf sensitif dan pembuluh darah pada otak.

2. Kekejangan

Saraf yang terhimpit akibat pertumbuhan tumor membuatkan penderitanya senang diserang kekejangan otot, tidak sedarkan diri dan hilang fungsi tubuh termasuk kesukaran bernafas.

3. Perubahan mood

Ciri-ciri tumor otak yang lain termasuk perubahan mood dan sikap penderitanya yang mudah tersinggung, marah dan sebagainya.

4. Gangguan kognitif dan hilang ingatan

Pertumbuhan tumor di otak dapat memicu gangguan ingatan, cara berfikir serta menjadi sukar membuat keputusan. Selain itu, penderita tumor otak juga sukar memberi tumpuan, sering kebingungan walaupun berkaitan hal remeh.

Tidak hanya itu, penderitanya tidak boleh melakukan pelbagai perkara dalam satu masa selain mengalami masalah pencernaan.

5. Mual atau muntah

Pada peringkat awal pertumbuhan tumor otak, pesakit akan mengalami mual dan muntah kerana ketidakseimbangan hormon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain