suria

Perhatian wanita hamil ‘hantu’ kopi! Jangan ambil kafein lebih 200mg sehari, nak tahu kenapa... ini sebabnya

Pengambilan kafeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan, bayi boleh menjadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.

KOPI sememangnya menjadi minuman kegemaran hampir setiap orang.

Bahkan, ada sesetengah daripada kita yang tidak boleh ‘hidup’ kalau tidak meminum kopi dalam sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja minum, sembur air limau nipis dalam rumah antara 9 tip hadapi jerebu 

ARTIKEL BERKAITAN: Busuk! 4 tip ini boleh bantu anda atasi masalah kaki berbau! 

Amalan pengambilan kopi ini biasanya bertujuan untuk menghilangkan rasa mengantuk terutama mereka yang mahu mengulang kaji pelajaran ataupun yang bekerja shif malam.

Bagaimanapun, tahukah anda tabiat meminum kopi secara berlebihan boleh memudaratkan si penggemarnya?

Ini kerana kandungan kafein di dalam kopi sangat tinggi berbanding minuman yang lain.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak 

Senarai jumlah kafein dalam minuman mengikut 'Journal of Food Science' 2010, kopi yang dibancuh memiliki 95 hingga 200 mg kafein berbanding 'black tea' (14 hingga 70 mg kafein) dan teh hijau (24 hingga 45 mg kandungan kafein).

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan pengambilan kopi, lebih-lebih lagi jika sedang hamil.

Menurut perkongsian Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak dalam satu bebenang (thread) di Twitter, semua ibu yang mengandung perlu mengehadkan pengambilan kafein tidak melebihi 200 miligram (mg) setiap hari.

Info grafik anggaran jumlah kafein dalam minuman. Kredit: KKM

“Pengambilan kafeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan, bayi boleh jadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.

“Maka, saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk elakkan sama sekali pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas tempoh tiga bulan itu hadkan pengambilan kafein sehingga 200mg setiap hari jika anda tidak boleh hidup tanpa minuman berkafien.

Wanita hamil digalakkan meminum jus buah-buahan menggantikan kopi. 

“Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkafein ini dengan jus buah-buahan atau segala minuman yang telah di-nyah kafein ( decaffeinated drinks ),” tulisnya di Twitter.

Bukan hanya kopi, kafein juga terkandung dalam makanan lain seperti teh, coklat, minuman tenaga, sesetengah ubat batuk dan selsema, dan minuman cola.

Oleh itu, wanita mengandung yang memang ‘hantu’ kopi, anda dinasihatkan berwaspada dalam pengambilan makanan atau minuman setiap hari agar tabiat berkenaan tidak menjejaskan bayi dalam kandungan. 

kopi, wanita hamil, kafein

Artikel Lain