suria

“Mohon tanggalkan segera” - Doktor sedih, seminggu sekali pasti jumpa bayi Melayu diikat benang hitam

Ibu bapa perlu ambil tahu, haram hukum memakaikan bayi tangkal bagi tujuan pelindung. -Gambar hiasan

MENJADI kebiasaan dalam masyarakat, termasuklah Melayu, apabila bayi yang baru dilahirkan meragam atau menangis dari pagi hingga ke malam dan sebagai penyelesaian dibawa berjumpa perawat tradisional bagi mendapat rawatan.

Lalu diikat pergelangan tangan serta pinggang bayi itu dengan benang berwarna hitam oleh perawat sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan serta penyakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Allah tidak ampun dosa orang yang sebar aib sendiri secara terbuka

Baru-baru ini tular satu perkongsian daripada seorang doktor di laman Facebook Happy Baby Foods Malaysia berkaitan isu ini.

Dr Farah Wahida Mohamad menyatakan beliau sering terjumpa bayi Muslim yang tangan dan pinggangnya diikat dengan tali atau benang hitam hampir setiap minggu.

Jika  benang hitam di tangan bayi  dijadikan hiasan, ia diharuskan namun jika mempercayai tujuannya dapat menghilangkan penyakit akibat gangguan makhluk halus, ia adalah haram.

"Akhir-akhir ini, saya sangat kerap terjumpa bayi Muslim yang diikat dengan tali hitam pada tangan atau perut. Bila ditanya kepada ibu bapa bayi itu, katanya orang tua-tua yang ikatkan. Ada juga merelakan orang tuanya mengikat tali ni pada si cucu, tanpa tahu sebab pun.

"Ada yang pakaikan sebab anak kerap menangis. Ada yang pakaikan pada bayi untuk rawat cacing," kata Dr Farah yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Beliau turut menegaskan jika bayi kerap menangis, ibu bapa sepatutnya membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kemungkinan bayi itu mengalami kembung perut atau colic.

Jelasnya, mustahil untuk seorang bayi yang usianya kurang dari enam bulan dijangkiti cacing jika bayi itu belum mengambil solid food.

Saya tak pasti kalau bayi di negeri kedah ni memang ramai yang dipakaikan tali hitam ni. Tapi jujur, paling kurang seminggu sekali saya akan terjumpa bayi Muslim dengan tali hitam ni. Sedih... Yang saya sempat tegur, saya akan tegur.

DR FARAH WAHIDAH MOHAMAD

DOKTOR

Sedarkah anda sebenarnya, memakaikan benang hitam di pergelangan tangan atau kaki serta pinggang bayi bagi tujuan menjaga bayi dari terkena penyakit, gangguan makhluk halus dan seumpamanya adalah khurafat?

"Hmm, maaf jika ada ibu bapa di sini yang pakaikan tali hitam tersebut pada bayi anda, hukumnya adalah haram. Mohon tanggalkan segera!

"Saya tak pasti kalau bayi di negeri Kedah ni memang ramai yang dipakaikan tali hitam ni. Tapi jujur, paling kurang seminggu sekali saya akan terjumpa bayi Muslim dengan tali hitam ni. Sedih... Yang saya sempat tegur, saya akan tegur," tegasnya lagi melalui posting tersebut.

Setiap ibu pasti akan senang jika bayi mereka tidak meragam. -Gambar hiasan

Haram pakai benang hitam di tangan bayi

Amalan menggunakan tangkal adalah perbuatan yang ditegah dalam Islam dan hukumnya haram sebagaimana pernah dikongsikan oleh pendakwah terkenal ustaz Azhar Idrus.

Dalam ceramahnya beliau berkata, terdapat jin yang suka mengganggu bayi dikenali sebagai Ummu Sibyan.

Petua untuk mengelak gangguan jin ini ialah dengan cara meniarapkan bayi agar tidak melihat jin itu kemudian membacakan ayat Kursi lalu ditiupkan di ubun-ubun kepala bayi tersebut.

Daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW bersabda: Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang Maghrib maka tahanlah anak-anak kamu (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” - (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

Dengan penerangan ini maka jelaslah amalan mempercayai tangkal adalah khurafat dan bertentangan dengan kehendak Islam. Ada cara lain untuk mengelak bayi menangis iaitu mengikut panduan diajar dalam Al-Quran selain kaedah moden iaitu mendapatkan rawatan perubatan bagi mengenalpasti jika ada penyakit lain. 

tangkal, bayi, haram, benang, penyakit

Artikel Berkaitan

Artikel Lain