Bekalan air terganggu tapi tak buat persediaan? Jangan panik, ikuti 5 langkah bijak penggunaan air ini - Famili | mStar

Bekalan air terganggu tapi tak buat persediaan? Jangan panik, ikuti 5 langkah bijak penggunaan air ini

Gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor. -foto Bernama

GANGGUAN bekalan air berjadual selama 86 jam di Lembah Klang sudah pun bermula.

Bagi mereka yang sentiasa bersedia dengan sebarang situasi mungkin dapat bertahan sehingga bekalan air kembali seperti sedia kala.

Tetapi, bagi mereka yang acuh tidak acuh dengan peringatan yang diberikan, bersedialah untuk berdepan dengan situasi merengsakan selama beberapa hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air sementara di beberapa kawasan di KL, Selangor bermula 24 April

Jangan sampai berlaku insiden curi air kawan serumah pula sudahlah ya!

Di sini ada lima tip untuk menggunakan air dengan bijak yang boleh menyelamatkan anda sepanjang tempoh gangguan ini.

Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan sampingan. - Gambar hiasan/Karin Jaehne/Shutterstock

1. Tadah air hujan

Jika anda selama ini tidak pernah peduli dengan air hujan yang turun mencurah-curah sejak kebelakangan ini, apa kata anda mula menadah air hujan sebagai penyelamat pada saat-saat genting.

Pastikan bekas tadahan yang digunakan sudah dibersihkan terlebih dahulu ya!

Air hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman atau mencuci kenderaan.

Sekali-sekala kitar semula air mandian, apa salahnya. - Gambar hiasan/Pixabay

2. Kitar semula air mandian

Bunyi macam kelakar, tapi apa salahnya anda guna semula air mandian dengan cara mandi di dalam bekas tadahan.

Air sisa mandian daripada bekas tadahan itu boleh digunakan semula untuk membersihkan bilik air atau tandas rumah anda.

Anda juga boleh menjimatkan air dengan mandi sekali sehari sahaja atau menggunakannya ketika perlu sahaja.

Kumpul dulu pakaian yang hendak dicuci sehingga bekalan air kembali pulih. - Gambar hiasan/Three Girls Media

3. Tangguh cuci baju

Elakkan terlalu kerap menukar baju dalam sehari dan seboleh-bolehnya tangguh dahulu aktiviti mencuci pakaian sehingga bekalan air kembali pulih.

Inilah masanya untuk anda berehat seketika daripada melakukan kerja-kerja rumah.

Basuh pinggan mangkuk terkumpul secara sekali gus. - Gambar hiasan/Pixabay

4. Kumpul pinggan mangkuk

Memang benar perbuatan mengumpul pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki ini bukan sahaja menyakitkan mata yang memandang, tetapi ia tidak hygienic (bersih).

Tetapi, air dapat dijimatkan jika anda membasuh semua pinggan mangkuk terkumpul secara sekali gus dengan menyediakan dua besen untuk mencuci dan membilas.

Nak selamat, bawa sahaja botol minuman kosong ke mana anda pergi. - Gambar hiasan/Pixabay

5. Bawa botol minuman

Bawa botol minuman yang boleh diisi dengan air di mesin air (water cooler) percuma berbanding membeli air mineral di kedai.

Jangan bimbang, anda juga boleh mendapatkan perkembangan terkini tentang gangguan bekalan air melalui aplikasi Air Selangor.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini gangguan bekalan air menggunakan aplikasi Air Selangor.

Memetik laporan The Star, aplikasi itu akan memaklumkan pengguna tentang gangguan air berjadual secara terperinci termasuk waktu ia akan berakhir, senarai kawasan terjeas dan punca gangguan berlaku.

Pengguna juga boleh berinteraksi dengan Airra (ciri perbualan) menerusi aplikasi tersebut.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App.

Artikel Lain