Teruja bakal melalui tempoh berpantang lagi, Hanis Zalikha kongsi 5 tip bakal ibu perlu elak - Famili | mStar

Teruja bakal melalui tempoh berpantang lagi, Hanis Zalikha kongsi 5 tip bakal ibu perlu elak

Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen bakal menimang anak kedua mereka pada Jun depan. - Instagram @haniszalikha

BERGELAR ibu sekali lagi membuatkan selebriti Hanis Zalikha begitu teruja untuk menanti kehadiran bayi keduanya yang dijangka lahir pada Jun depan.

Selepas menimang cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016, Hanis sering berkongsi info keibubapaan kepada peminat setianya di media sosial.

Ketika ditemui mStar pada majlis Baby Shower dan pengumuman dirinya sebagai Duta Happikido baru-baru ini, selebriti ini telah berkongsi lima tip yang perlu dielak oleh bakal ibu.

Hanis dilantik sebagai duta Happikiddo selama setahun. - Instagram @haniszalikha

1. Elak beli baju bayi berlebihan

Elakkan membeli terlalu banyak baju bayi yang baru lahir kerana pakaian itu hanya akan digunakan selama seminggu ketika pantang, sebelum diulang pakai pada minggu seterusnya, selain bayi cepat membesar.

Cuba dulu pam susu badan sebelum beli. - Instagram @happikiddo

2. Elak beli pam susu badan tanpa mencuba

Jangan pilih pam susu badan kerana dipengaruhi oleh pembelian impulse (membeli tanpa perancangan awal), lebih-lebih lagi dengan tidak mencubanya terlebih dahulu.

Kata Hanis, terdapat peniaga yang membenarkan pelanggan untuk cuba sebelum beli dan sebaiknya si ibu melahirkan bayi dahulu, dan lihat sama ada badannya dapat mengeluarkan susu atau tidak.

Ibu hamil tidak boleh mewarnakan rambut. - Gambar hiasan/Instagram @rossmichaelssalon

3. Elak guna produk memudaratkan

Elakkan penggunaan produk penjagaan wajah yang boleh memberikan kesan kepada bayi.

"Kalau boleh guna yang organik dan kurang bahan yang harsh (memudaratkan kesihatan).

"Tidak boleh warnakan rambut kerana bahan kimia itu boleh memberi kesan kepada bayi.

Khidmat confinement lady dapat membantu meringankan tugas ibu ketika tempoh berpantang. - Gambar hiasan

4. Jangan ambil mudah

Jangan terlalu memandang remeh dan ambil mudah hal berkaitan emosi ibu selepas bersalin terutama sepanjang tempoh berpantang.

Si ibu harus ada sistem sokongan yang kuat ketika berpantang agar tidak mengalami masalah emosi sepanjang tempoh tersebut.

Jika berkemampuan, ibu bapa yang baru dikurniakan cahaya mata boleh membayar upah kepada confinement lady (wanita yang menjaga ibu berpantang) supaya dapat membantu si ibu agar tidak mengalami tekanan atau berdepan situasi tidak diduga.

Hanis tidak sabar untuk melalui tempoh berpantang. - Instagram @haniszalikha

5. Elak fikiran negatif

Si ibu harus mengikis persepsi negatif yang mengatakan proses berpantang itu merumitkan.

"Ramai orang rasa berpantang ini susah sebab mungkin mereka tidak faham kenapa perlu berpantang atau mengapa ada banyak pantang larang.

"Kalau kita betul nak berpantang cara Melayu, si ibu kena faham ilmu di sebaliknya... kenapa tidak boleh bersauna, tapi kena tangas dan sebagainya," jelas Hanis yang teruja untuk melalui tempoh berpantang tidak lama lagi.

Hanis Zalikha , tip bersalin

Artikel Berikut

Derita si janda muda

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain