Jangan tak percaya... bermanja, peluk kuda dan lembu mampu buat kita tenang - Famili | mStar

Jangan tak percaya... bermanja, peluk kuda dan lembu mampu buat kita tenang

Memeluk kuda dan lembu dapat memberi ketenangan.

MEMELUK serta bermanja dengan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing adalah perkara biasa buat pecinta haiwan.

Malah ia dapat membuatkan seseorang berasa lebih tenang selepas seharian sibuk dengan aktiviti harian apabila dapat bermanja dengan haiwan peliharaan mereka.

Namun di Amerika Syarikat, sebuah ladang iaitu Mountain Horse Farm menawarkan sesi memeluk haiwan seperti lembu dan kuda selama dua jam buat yang inginkan kelainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil ringan diabetes, obesiti semasa hamil! Ketahui 5 komplikasi yang bakal menanti

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cuba 4 trend kesihatan selebriti ini jika sayangkan nyawa!

Mereka yang berkunjung ke ladang itu bukan sahaja boleh memeluk dan bermanja tetapi melakukan aktiviti lain seperti memberi makan, menunggang kuda, memandikan serta memberus bulu haiwan yang terdapat di situ dengan harga AS$75 (RM306).

Bermanja dengan haiwan dapat membuatkan seseorang berasa tenang.

Walaupun kedengaran janggal untuk bermanja dengan haiwan lebih besar namun ramai menyifatkan aktiviti itu sebagai menyeronokkan selain memberi ketenangan.

Malah ramai berpendapat haiwan seperti kuda dan lembu sangat mesra dan manja sekiranya didekati dengan cara betul.

Bukan sahaja di Amerika, Belanda juga mempunyai sebuah ladang khas untuk bermanja dengan lembu jenis Dutch.

Aktiviti itu dipercayai dapat membina kepercayaan antara haiwan dan manusia menerusi sentuhan. - The Star

Kuda , Lembu

Artikel Sebelum

Derita si janda muda

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain