Jangan cuba 4 trend kesihatan selebriti ini jika sayangkan nyawa! - Famili | mStar

Jangan cuba 4 trend kesihatan selebriti ini jika sayangkan nyawa!

Elakkan empat trend kesihatan yang dipopularkan oleh selebriti ini.

ZAMAN berjaga tengah malam sudah berlalu dan kini orang ramai mula mengejar masa tidur mencukupi iaitu selama lapan jam.

Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita sudah mula makan makanan sihat, bersenam, dan membersihkan minda untuk mengecapi tahap kesihatan yang baik.

Siapa kata perubahan itu tidak baik? Tapi, seperti juga perkara lain dalam kehidupan ini, semuanya haruslah dilakukan secara berpada-pada.

Kebanyakan artis terutama selebriti antarabangsa membawa trend jaga kesihatan ke tahap yang melampau.

Ketahui empat trend kesihatan yang diamalkan oleh selebriti dan tidak harus anda cuba.

Jus daun saderi tidak elok untuk kesihatan. - Foto Supplied

1. Jus daun saderi

Selebriti seperti Kim Kardashian, Hannah Bronfman dan Jenna Dewan mungkin meyakinkan anda bahawa jus daun saderi dapat membantu merawat penyakit psoriasis, sindrom usus, jerawat dan beberapa penyakit lain.

Namun, pakar pemakanan ketika dipetik oleh Fashion Magazine berkata, tiada penjelasan sains untuk menyokong kenyataan tersebut.

Jangan salah faham, fiber yang rangup dan kaya dengan vitamin itu memang bagus untuk kesihatan anda, tapi masalahnya adalah apabila ia dijadikan minuman berjus.

Walaupun jus daun sader membuatkan anda berasa kenyang, tetapi ia membuatkan badan anda dipenuhi dengan gula.

Peralatan yang diperlukan untuk kopi enema. - Medical News Today

2. Hidroterapi usus

Pelakon terkenal Gwyneth Paltrow menggalakkan orang ramai untuk mencuba kopi enema (pemasukan cecair ke dalam dubur) sendiri di rumah.

Bukan sahaja kaedah itu mahal, malahan tindakan tersebut amatlah membahayakan nyawa.

Peralatan yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan jangkitan seperti Hepatitis B dan C boleh berlaku.

Usus anda juga mungkin berlubang ketika melakukan prosedur tersebut.

Bagi yang tidak tahu, enema adalah proses memasukkan cecair ke dalam dubur sehingga ke usus.

Enema ini nanti akan merangsang usus untuk bergerak dan mengeluarkan segala isi yang ada di dalamnya.

Biasanya, seorang doktor menggunakan enema untuk melegakan sembelit atau membersihkan usus sebelum menjalankan prosedur kolonoskopi.

Arang yang diaktifkan sering digunakan sebagai produk topeng muka, pemutihan gigi dan termasuk dalam minuman. - Foto Trex Digital/Getty

3. Arang yang diaktifkan

Arang yang diaktifkan berada di mana-mana sejak akhir-akhir ini.

Ada yang gunakannya untuk topeng muka, produk pemutihan gigi dan termasuk dalam minuman.

Namun, perbuatan menggunakan arang yang diaktifkan adalah sangat tidak elok untuk anda.

Arang tersebut akan mengikat toksin dalam badan dan menghalangnya daripada diserap ke dalam salur darah.

Sekiranya badan anda tidak memiliki masalah toksin yang serius, arang itu tadi mungkin mengikat ubat-ubatan lain yang ada dalam tubuh sekali gus menghalangnya daripada diserap sepenuhnya.

Ini bermakna, anda bebas ubat dan toksin. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

Sejarah perubatan individu harus diambil kira sebelum menjalani prosedur drip vitamin. - Foto The Skin Centre

4. Drip vitamin

Rihanna, Chrissy Teigen dan Kendall Jenner pernah melakukan drip vitamin, bagaimanapun Jenner terpaksa dikejarkan ke hospital pada tahun lalu kerana mengalami tindak balas negatif selepas melakukan prosedur tersebut.

Trend melakukan drip ini dipopularkan oleh Dr. John Myers pada 1960.

Ia didakwa dapat meningkatkan sistem imun dan menambah kehilangan elektrolit dan vitamin dalam badan.

Dalam temu bual dengan Vogue, pakar anestesia yang berpangkalan di New York, Dr. Jonathann Kuo menerangkan bahawa sejarah perubatan harus diambil kira sebelum menjalani prosedur ini.

"Terdapat beberapa vitamin dan bahan yang bertindak balas antara satu sama lain," katanya, sambil menambah bahawa sebenarnya kebanyakan prosedur drip tidak diperlukan.

Artikel Lain