suria

Wow! Citarasa nasi kandar... Burger P. Ramlee penghormatan KFC buat ikon Malaysia

Burger P Ramlee, menu baharu dan eksklusif sebagai penghormatan khas buat seniman agung P. Ramlee.

TERBARU KFC hadir dengan menu yang unik tapi ia memenuhi citarasa golongan tertentu, terutama sekali mereka yang gemar akan masakan Pulau Pinang.

Burger P. Ramlee adalah menu inovatif terbaharu KFC gabungan dari bahan-bahan unik dalam nasi kandar kepada Zinger Hot & Spicy.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah boleh rentas negeri tapi masih bingung pilih destinasi percutian? Jom tinjau pulau dan resort indah di Malaysia ala-ala di Maldives

Apabila kita mendengar ungkapan "Sekali Rasa, Bergetar Jiwa", sudah tentu Tan Sri P. Ramlee yang lagenda ini terlintas di fikiran.

Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Mutiara, P. Ramlee terus menghiburkan dan memberi inspirasi kepada kita menerusi filem dan lagu ciptaannya.

Photo 1b - Burger P. Ramlee A la Carte

Burger P Ramlee menyuntik pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam nasi kandar kepada Zinger Hot & Spicy.

Sebagai menghargai lagenda P. Ramlee dan filem terakhirnya, “Laksamana Do Re Mi”, KFC Malaysia telah memutuskan untuk memberi penghormatan kepada ikon tersebut dengan memasukkan rasa cintanya terhadap nasi kandar dalam Burger P. Ramlee yang eksklusif untuk masa terhad sahaja.

“P. Ramlee merupakan seniman agung yang telah meninggalkan legasi dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua. Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee – gabungan memikat KFC Zinger dan makanan kegemaran P. Ramlee, nasi kandar meraikan legasi beliau dan satu penghormatan khas kami kepadanya,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Photo 2b - Burger P. Ramlee Set Legenda

KFC Burger P. Ramlee Set Legenda - Burger P. Ramlee, Loaded Potato Bowl, dan minuman.

Nikmati Kuah Kari Kandar KFC yang terdiri daripada herba tempatan yang wangi seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup, kemudian disempurnakan dengan sayuran berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.

Burger P. Ramlee boleh didapati mulai 28 Oktober dan seterusnya (di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia) dan boleh didapati dalam pilihan À la Carte, Kombo, Set Legenda dan Kombo Ikon.

Anda juga boleh menikmati diskaun 10 peratus melalui aplikasi KFC apabila menggunakan kod promosi PRAMLEE.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain