Wow ada tawaran 3 kombo berbeza! Sensasi Ohsem Smokey mana pilihan peminat burger dan drummet?

Menu baharu itu didatangkan dengan seleksi tiga kombo bagi memenuhi cita rasa dan kehendak berbeza para peminatnya.

BERCERITA soal makanan, banyak menu baharu diperkenalkan saban hari bagi memenuhi cita rasa rakyat negara ini.

Namun, anda patut mencuba hidangan istimewa oleh rangkaian restoran makanan segera Marrybrown yang dihasilkan khusus untuk dinikmati dalam tempoh singkat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam pelik nasi lemak sos kacang... tapi sekali rasa pasti buat anda terpegun!

Menerusi menu baharu ini dikenali sebagai Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals dan ia berada di pasaran bermula 21 Ogos lalu sehingga 5 Oktober depan.

Apa yang menariknya tentang menu ini?

Pertama, ia hidangan istimewa yang dihasilkan khusus buat penggemar burger dan drummet.

Bukan satu, namun menu itu juga dihadirkan dengan seleksi tiga kombo bagi memenuhi cita rasa dan kehendak berbeza peminatnya.

Menu baharu ini disediakan dengan pilihan S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drummet combo meal yang mana kedua-dua pilihan ini dihidangkan besama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup.

Kombo ketiga pula merupakan S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drummet, MB Crispy Chicken, dan Potato Wedges.

Sensasi Ohsem SmokeyBBQ Meals boleh dinikmati bermula 21 Ogos sehingga 5 Oktober depan.

Paling penting tentunya ia ditawarkan pada kadar berpatutan, bermula dari RM16.90 dan setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Joshua Liew, pihaknya menghasilkan seleksi menu baharu itu dengan sentuhan rasa unik namun masih memenuhi selera tempatan negara ini.

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan sos yang disediakan menepati cita rasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat.

"Kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan kelazatan rempah dalam ramuannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumetts kami," ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang Marrybrown atau kunjungi cawangan berdekatan untuk menikmati hidangan itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain