suria

Tay Tawan ajak ke Thailand! AirAsia tawar promosi tempat duduk percuma sehingga 3 Mac

Tay Tawan kini sebagai Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia.

BAGI merancakkan kempen ‘Takeover Thailand’ sebagai destinasi perjalanan pilihan, selebriti terkenal dari negara itu Tay Tawan menjalinkan kerjasama dengan AiaAsia.

Diangkat sebagai Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia, Tay Tawan berperanan dalam mencetus inspirasi para pelancong dari pasaran utama khususnya Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk meneroka Thailand.

"Saya berbesar hati untuk mewakili Thailand dalam mempromosikan negara tercinta saya untuk pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Tay Tawan menyanyikan dua buah lagu di kempen tersebut.

Tay Tawan turut menyanyikan dua buah lagu pada acara tersebut.

"Tarikan yang menakjubkan, landskap yang yang memukau dan rakyat yang mesra membuatkan saya teruja untuk mengajak semua bercuti di Thailand

"Jom lawati destinasi di Thailand bersama saya dan AirAsia," katanya yang merupakan seorang penyanyi, aktor, hos serta model.

Terdahulu, kemunculan Tay Tawan di majlis pelancaran kempen berkenaan di Pavilion Kuala Lumpur mencetuskan suasana gamat dengan kehadiran lebih daripada 1,000 peminatnya dari pelbagai negara.

Lebih istimewa apabila Tay Tawan turut menghiburkan penonton dengan dua buah lagu.

Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam mulai 29 Februari sehingga 3 Mac 2024.

Promosi itu untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 November 2024.

1

Ketua Komersial AirAsia, Liyana Mahizan turut hadir memeriahkan kempen 'Takeover Thailand with Tay Tawan'.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur daripada RM99 sehala untuk tambang termasuk semua.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia Aviaton Group, Bo Lingam berkata pihaknya teruja untuk menyokong industri pelancongan serantau.

"Kami berbesar hati untuk melancarkan kempen ini bagi menyokong pemulihan industri pelancongan serantau dan menghidupkan semula rasa teruja orang ramai untuk melancong ke Thailand.

"Kempen ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan dan budaya serantau.

"Kami juga teruja untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang bergantung kepada industri pelancongan." katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain