suria

Manjakan diri anda di 7 'hot springs' Malaysia! Bantu cantikkan kulit, kekal awet muda

Malaysia mempunyai banyak destinasi menarik hot springs yang sesuai dikunjungi.

JIKA anda berasa lesu dan kurang bertenaga, apa kata rehatkan diri di kolam air panas semula jadi.

Bukan sekadar beriadah semata-mata, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kesihatan kepada tubuh anda seolah-olah sudah berjalan kaki selama 30 minit.

Kesannya pasti mengujakan kerana anda bukan sahaja dapat menikmati tidur yang lebih baik dan membakar kalori, tetapi turut melegakan otot kerana sering tertekan.

Untuk pengetahuan anda, wanita Jepun sering mengamalkan mandian air panas secara semulajadi kerana mengandungi natrium klorida serta kalsium yang mempunyai sifat terapeutik bagi mengekalkan kulit agar nampak bersinar dan segar. Pasti awet muda!

Tidak perlu ke Blue Lagoon, Iceland atau Pamukkale Thermal Pools di Turkiye kerana Malaysia juga mempunyai beberapa lokasi menarik kolam air panas yang wajib dikunjungi!

Dalam segmen travel kali ini, mStar menyenaraikan tujuh lokasi kolam air panas yang boleh anda kunjungi dan pastinya memberi kepuasan serta keselesaan.

Poring Sabah

Poring Hot Spring, Sabah

Sangat popular dengan penduduk tempatan, Poring terletak di tanah tinggi, berhampiran Taman Negara Kinabalu di Ranau. Walaupun air sulfurik adalah semula jadi, tab batu dan kolam renang kebanyakannya adalah buatan manusia.

Menariknya, tab mandi yang disediakan turut dilengkapi dengan pili yang membolehkan anda mengawal suhu dan aliran air.

bentong

Suria Hot Springs, Pahang

Juga terletak di dalam hutan hujan, Kolam Air Panas Suria ialah tempat yang bagus untuk keluarga, dan acap kali ditempah penuh semasa musim cuti sekolah.

Resort ini tidak membenarkan lawatan siang hari jadi anda perlu menempah penginapan sekurang-kurangnya satu malam bagi menikmati mata air panas dan kolam renang yang sejuk.

tambun

Lost World Hot Springs and Spa, Perak

Terletak di dalam taman tema air di Ipoh, Lost World Hot Springs mempunyai pelbagai kolam air panas semula jadi.

Sudah tentu anda perlu membeli tiket ke taman untuk menikmati mata air panas di sini, tetapi sebaik sahaja anda masuk, anda boleh menggunakan kolam itu pada bila-bila masa sepanjang hari.

Sarawak

Kampung Panchor Hot Spring, Sarawak

Kolam Air Panas Kampung Panchor terletak di dalam hutan hujan, kira-kira sejam pemanduan dari ibu negeri, Kuching. Kolam di sini berbumbung jadi anda masih boleh berendam dalam air walaupun ketika musim hujan.

Langkawi

Ayer Hangat Village Langkawi, Kedah

Ini adalah satu-satunya mata air masin di negara ini, terletak di pulau Langkawi, berhampiran bandar Kuah. Resort ini direka bentuk untuk kelihatan seperti perkampungan tradisional Melayu.

Lebih indah apabila anda dapat melihat panorama sawah padi. Kolam air masin ini hanya boleh ditemui di dua negara lain di seluruh dunia.

jasin

Jasin Hot Springs, Melaka

Tempat yang popular dengan keluarga, Mata Air Panas Jasin telah wujud selama lebih satu abad. Hari ini ia adalah taman rekreasi di mana pengunjung boleh berendam di dalam tab mandi dan berenang di kolam renang sambil menikmati manfaat air mineral semula jadi.

terengganu

La Hot Spring, Terengganu

Ditemui lebih 40 tahun lalu, kolam semula jadi Kolam Air Panas La di Jerteh, Terengganu merupakan tarikan utama pelancong di negeri ini.

Air panas mengalir menuruni cerun dan berkumpul di kolam besar, di mana pengunjung boleh berendam.

Walaubagaimanapun, suhu air cenderung meningkat (sehingga 60°C) jadi berhati-hatilah supaya kulit anda tidak melecur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain