suria

Kos tak sampai RM1,200! Pemuda ini kongsi itinerari travel ke Bangkok naik tren, siap singgah Hatyai

Asjad merasai pengalaman menaiki tren ke Bangkok. foto Twitter @whotheA_

BERANI ke cuba? Itu sudah semestinya sering menjadi antara soalan buat kaki travel yang sukakan cabaran.

Mengembara ke Bangkok, Thailand dengan menaiki tren pasti mengujakan.

Begitulah yang dirasai oleh seorang anak muda yang pertama kali menjejakkan kaki ke ibu negara Thailand itu, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemuda berusia 25 tahun, Asjad Al Amin berkata, percutiannya selama lima hari dari 9 hingga 13 Julai lalu, iaitu sebelum perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand kembali beroperasi pada 15 Julai.

Perkhidmatan tren ulang-alik itu ditutup selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

tren ke bangkok latest 6

Menghirup secawan kopi di dalam tren sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

Hatinya tetap meronta-ronta untuk merasai pengalaman baharu dengan menaiki tren bersama seorang rakan ke Bangkok selama lima hari.

"Ini pertama kali saya ke Bangkok dan pertama kali menaiki keretapi lebih 16 jam (Hatyai-Bangkok). Saya sukakan konsep backpackers ke seluruh Asia, minat travel sejak habis sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 pakej pilihan untuk nikmati keindahan sepanjang laluan tren Odakyu Jepun

"Bangkok ni jiran sebelah negara kita, jadi macam tak lengkap pula kalau travel jauh-jauh tapi negara jiran sendiri tak pernah pergi.

"Tambahan pula Bangkok ni terkenal salah satu syurga transit backpackers sebelum melawat negara asia yang lain. Anda kena explore sendiri baru rasa bestnya macam mana," ujar Asjad dengan nada teruja ketika dihubungi mStar.

tren ke bangkok latest 1

Menaiki motosikal di sempadan sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai.

Menurut jurugambar sambilan dari Ipoh itu, perjalanannya menaiki tren dari Kuala Lumpur ke Hatyai dan Bangkok selama lima hari membabitkan kos tak sampai RM1,200.

"Saya nak merasai pengalaman orang-orang lama otai yang mengembara naik kereta api macam dulu kala. Lagi lama dan jauh kita berjalan, lagi banyak kita mengenali diri sendiri," katanya mengenai perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok melalui Hatyai dan Songkhla mengambil masa kira-kira 21 jam.

Hari pertama:

Naik train Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kereta Api Tanah Melayu (KTMB). Tiket dalam RM120 dari KL Sentral ke Padang Besar. Tren pukul 7 pagi, jadi tengah hari dah sampai Padang Besar.

Dalam tren ada kantin, jadi kalau bosan-bosan tu boleh lepak kantin order kopi panas sambil layan pemandangan 'Malaysia Kita'.

Sampai ke stesen keretapi Padang Besar, boleh naik teksi RM10 minta hantar sampai sempadan Malaysia. Kalau boleh jalan, berpeluh sikit dalam 2 kilometer nak kena jalan.

tren ke bangkok latest 2

Asjad di Padang Besar dan Hatyai.

Cadangan saya sebelum masuk sempadan, pergi makan tengah hari dulu kat pekan Padang Besar sambil tu lawat pasar dia.

SOP nak masuk sempadan Thailand senang je. Cop pasport dan tunjuk PdF sijil vaksinasi, muat turun kat aplikasi MySejahtera.

Dah selesai cop pasport, lepas je sempadan kaki anda dah jejak Thailand. Masa tu kena tenang, sebab ramai orang tempatan duk serbu ajak ambil pakej mereka.

tren ke bangkok latest 3

Meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan menaiki 'sleeper train'.

Apa yang anda kena buat masa tu adalah kekal tenang. Cari motor yang boleh hantar anda pergi pick up point van untuk ke Hatyai. Van dari sempadan ke Hatyai pula kos RM25 untuk satu jam perjalanan.

Dah sampai Hatyai! Check in dulu satu malam kat Hatyai. Enjoy la jalan-jalan bandar, pergi pasal malam, cari makan, pergi urut dan lepak ‘ngopi’. Serius best! Naik tuktuk je pusing bandar tu.

Hari kedua:

Bangun pagi, check out hotel. Naik tuktuk RM30 suruh bawa jalan-jalan di sekitar Hatyai dan Songkhla sampai petang. Tahu la dia nak bawa pergi mana!

tren ke bangkok latest 7

Menginap di sebuah hostel di Bangkok.

Dah puas berseronok kat Hatyai, tempah tiket tren untuk ke Bangkok dari Hatyai. Tempah tiket sleeper train kat http://12go.asia dengan tambang RM185 sehala. Perjalanan 16 jam tapi bosan sangat sebab malam tidur dalam tren. Katil, tilam, bantal, selimut semua ada!

Ingat, ambil tiket tren waktu petang ye, jadi anda akan sampai ke Bangkok tengah hari esoknya! Saya di Bangkok tiga hari dan dua malam. Tiga hari pun tak puas explore.

Anda kena explore sendiri baru rasa bestnya macam mana.

ASJAD

Ini antara tempat-tempat yang saya pergi, naik bot pusing Bangkok sejam RM50, dia bawa pusing satu bandar naik bot dari Chao Praya.

Saya juga ke China Town Yaowarat, kuil Wat Arun, kompleks bangunan istana Grand Palace, pasar terapung, kawasan tumpuan pelancong Khao San Road dan bangunan pencakar langit King Power MahaNakhon.

tren ke bangkok latest 4

Rakan Asjad dengan berlatarkan bangunan King Power MahaNakhon.

Kos untuk trip kali ini:

RM120 (tren KL Sentral-Padang Besar)

RM185 (tren Hatyai-Bangkok)

RM300 (penerbangan AirAsia Bangkok-Kuala Lumpur)

RM70 (Hotel+dorm untuk tiga malam)

RM500 (Duit makan + transport nak bergerak kat sana + tiket itu ini + cenderahati)

Total: RM1,175

tren ke bangkok latest 5

Antara lokasi tumpuan pelancong di Bangkok yang dikunjungi Asjad dan rakan.

Pengangkutan di sana adalah Grab Car, Tuktuk, MRT, bas. Nak senang naik grab, harga berpatutan. Nak rasa jadi orang tempatan, naik MRT atau bas. Nak rasa kena scam, boleh cuba naik tuktuk. Hahaha.

"Best kat Bangkok ni walaupun bandar ibu negaranya sesak seperti Kuala Lumpur, tapi terlalu banyak tempat menarik yang mudah nak pergi sebab kemudahan pengangkutan awam di sana.

"Selain itu, di sana terlalu ramai pelancong jadi secara tak langsung feeling travel tu lagi best bila kita jumpa dengan traveler yang sama sama minat mengembara. Dan Thailand best sebab orang tempatan yang suka senyum, tambah pula gadis Bangkok, tiba-tiba terasa tak jadi balik Malaysia," ujar Asjad secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain