suria

Hotel tawar penginapan menarik... tapi sanggupkah anda tidur di bilik berdindingkan kaca, semua orang boleh tengok?

Bilik hotel ini diperbuat daripada kaca sepenuhnya. foto Concept Hotel Group/ Cover Images
1 / 3
bilik hotel percuma 3
2 / 3
bilik hotel percuma 2
3 / 3

,

ANDA mahu menginap di hotel tetapi hasrat terbantut apabila caj yang dikenakan mahal?

Jangan bimbang, terdapat sebuah hotel yang mampu menyediakan bilik percuma untuk anda.

Terletak di tepi pantai di Ibiza, Sepanyol, sebuah hotel menarik perhatian tetamu yang sukakan perhatian dengan menginap secara percuma.

Bukan biasa-biasa, bilik tersebut berdindingkan kaca yang terletak di bahagian kaunter penerimaan tetamu.

Suite yang dinamakan Zero di Hotel Paradiso Art di Sant Antoni de Portmany ini berharga £150 (RM792) semalam, menjadi sebutan kerana hiasannya yang cantik dan menarik dari segi estetika.

bilik hotel percuma 2

Kebiasaannya harga bilik £150 (RM792) semalam. foto Concept Hotel Group/ Cover Images

Bagaimanapun, memetik Mail Online, bilik hotel ini diperbuat daripada kaca sepenuhnya.

Ia juga terletak betul-betul di lobi hotel, bermakna segala-galanya yang berlaku di bilik hotel dapat disaksikan dari luar dinding kaca oleh sesiapa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda apakah barang hotel yang paling banyak dicuri? Peliknya yang diberi percuma tak ramai bawa pulang

Jangan cemas kerana pihak hotel menjelaskan bahawa tandas dan bilik mandi bagi suite pastinya privasi.

Menurutnya, bilik tersebut tersedia untuk persembahan artistik, siaran radio dan persembahan DJ.

Ternyata Zero Suite menjadi bualan ramai.

bilik hotel percuma 3

Bilik percuma di Hotel Paradiso Art sesuai untuk mereka yang sukakan perhatian. foto Concept Hotel Group/ Cover Images

Seorang pengguna Instagram berkata: “Berpeluang tidur selama setengah malam di sana!”

"Tak seronok bila orang ramai ketuk tingkap tetapi pengalaman menginap di situ hebat!"

Terdapat pertanyaan sama ada boleh memalapkan bilik kaca untuk sedikit kedamaian dan ketenangan. Jawapan mereka adalah tidak.

Hotel Paradiso Art di tepi pantai Ibiza, dibangunkan dengan reka bentuk disko vintaj dan retro.

Model dan influencer kerap kelihatan di hotel ini untuk penggambaran media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain