suria

Uji bakat jadi ‘hantu’ bermula, festival Nights of Fright 8 kembali di Sunway Lagoon!

Night of Fright kembali lagi untuk edisi kelapan di Sunway Lagoon.

SERAM, mencemaskan dan menakutkan. Nights of Fright kembali menghantui anda!

Pastinya jantung anda akan berdegup kencang dengan festival paling seram di Malaysia ini.

Kembali dengan lebih menakutkan, Nights of Fright 8 dibawakan oleh taman tema Sunway Lagoon dan The Sudden Impact Entertainment Company.

Acara Halloween yang paling dinanti-nantikan, Nights of Fright kembali untuk edisi kelapan setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan akibat pandemik.

Dengan aksi yang lebih menakutkan, Nights of Fright 8 bakal mencetuskan ketakutan yang tidak pernah anda alami sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, ada yang perhati! NOF7 di Sunway Lagoon kembali menghantui anda

ARTIKEL BERKAITAN: Kembara 'Rumah Hantu' Di Sunway Lagoon

Jadi bersiap sedialah dengan sambutan tahunan yang menyeramkan di Sunway Lagoon pada setiap hujung minggu, termasuk malam perasmian pada 30 September depan.

Night of Fright 8 2

Perasaan cemas dan gerun pastinya akan meningkat tatkala berdepan dengan 'hantu' yang menakutkan berkeliaran di sekeliling anda tanpa disangka-sangka.

Jadi nantikan Festival of Fear yang tidak akan dilupakan ini!

Sempena Nights of Fright 8 yang akan kembali tidak lama lagi, anda dijemput untuk uji bakat menjadi sebahagian watak yang paling ditakuti.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada acara Nights of Fright, uji bakat akan diadakan bermula 6 Ogos ini.

Maklumat uji bakat dan butiran acara akan disiarkan tidak lama lagi di http://sunwaylagoon.com/nof8

Nantikan Nights of Fright 8 yang bakal menyajikan lapan rumah hantu, dua zon seram, satu pawagam, tiga pertunjukan pentas dan 11 ride yang thrill.

Bukan sahaja meremang bulu roma, tapi ada yang memerhati anda. Awas!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain