suria

4 pakej pilihan untuk nikmati keindahan sepanjang laluan tren Odakyu Jepun

Tren elektrik Enoshima. -foto Odakyu/Enoden

PELANCONG asing ke Jepun kini boleh menikmati keindahan tempat tarikan pelancongan di sepanjang laluan kereta api Odakyu, menerusi empat pakej menarik yang ditawarkan oleh Odakyu Group.

Odakyu Group yang terdiri daripada Odakyu Electric Railway Co. Ltd, UDS Ltd dan ELLISTA Inc, menawarkan empat jenis pakej lawatan harian bermula Oktober 2018.

Pakej berkenaan membolehkan pelancong berkunjung ke kawasan pelancongan di laluan kereta api itu, yang menghubungkan Shinjuku, Tokyo, dengan tempat pelancongan popular seperti kawasan Hakone dan Enoshima-Kamakura di wilayah Kanagawa.

-foto Odakyu

Pelancong boleh menikmati pengalaman dua jam untuk merasai makanan tradisional dan meneroka tempat-tempat bersejarah di Yoyogi Uehara pada harga 4,000 yen (RM147.88) atau 5,000 yen (RM184.76) selama dua jam perjalanan ke kawasan kejiranan tempatan di Shimokitazawa yang terkenal dengan subbudaya anak muda, menurut satu kenyataan.

Pakej lain ialah 'Oyama Sacred Mountain Hike' - mendaki sehari (kira-kira enam jam) dengan penduduk tempatan ke Gunung Oyama di Kanagawa pada 14,000 yen (RM517.16).

Pelancong juga boleh membayar 5,000 yen (RM184.76) untuk lawatan ke Istana Samurai Odawara.

Odawara adalah pintu masuk ke Hakone, yang mempunyai stesen bagi laluan keretapi laju Tokaido Shinkansen.

Bagi semua pakej ini, pelancong dikehendaki membuat tempahan terlebih dahulu.

Maklumat terperinci dalam bahasa Inggeris juga akan disediakan semasa lawatan.

Setiap pakej, sekurang-kurangnya dua peserta, akan dijual pada harga kempen (seperti di atas) untuk tempoh tertentu dan tarikh penamatan kempen belum diputuskan.

Maklumat dan tempahan boleh dibuat di https://ellista.jp/category/tour/ dan tiket boleh dibeli di Odakyu Sightseeing Service Center Shinjuku West dan ELLISTA di Inbound League. -Bernama

melancong Jepun, tren Jepun, Odakyu

Artikel Lain