suria

Mana nak dapat! Bayar untuk sehari tetapi boleh main selama setahun di Legoland Malaysia Resort

Nikmati pelbagai tawaran menarik ke Legoland Malaysia Resort di MATTA Fair yang berlangsung pada 9 dan 10 April di PWTC.

SEJAK 1 April lalu, Malaysia sudah pun membuka semula pintu sempadan negara sejajar dengan peralihan ke fasa endemik yang membolehkan rakyat negara ini melancong ke luar negara tanpa sebarang sekatan.

Tetapi sebelum merancang ke luar negara, apa kata lawati terlebih dahulu beberapa destinasi di dalam negara yang tak kurang hebatnya seperti membawa keluarga bersuka ria di Legoland Malaysia Resort.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang untuk melancong? Ketahui 6 sebab Holiday Tours menjadi pilihan anda...

Paling penting, Legoland Malaysia Resort mengumumkan pelbagai tawaran eksklusif bersempena dengan pameran pelancongan terbesar di Malaysia iaitu MATTA Faiar yang akan berlangsung pada 9 dan 10 April 2022.

Menariknya, pelanggan boleh menaik taraf secara automatik kepada Pas Tahunan apabila membeli tiket sehari dengan harga penuh. Istimewanya, tawaran ini terpakai untuk semua jenis pas, termasuk akses tunggal taman tema, double (taman tema dan Sea Life) atau triple (taman tema, Sea Life dan taman air).

725625

Hotel Legoland turut menawarkan pelbagai promosi terbaik.

Legoland Malaysia Resort dalam kenyataan kepada mStar turut memaklumkan pelanggan yang ingin membeli Pas Tahunan Triple Park akan menerima diskaun eksklusif 10 peratus jika membuat pembelian di MATTA Fair.

Pada acara tahunan itu juga, Legoland Malaysia Resort juga menawarkan tawaran penginapan menarik dan berpatutan!

Dengan hanya membayar harga untuk percutian satu hari, anda bersama keluarga boleh merancang percutian tanpa had pada bila-bila masa sepanjang tahun!

Bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal ke MATTA Fair, anda masih boleh menikmati promosi tersebut dalam talian tetapi untuk masa terhad termasuk diskaun 30 peratus untuk mana-mana tiket harian dan tawaran istimewa Hotel Legoland di laman web Legoland.

Antara tawaran menarik lain di booth Legoland MATTA Fair termasuklah;

725626

Pelbagai aktiviti menarik di Legoland yang boleh dicuba bersama keluarga.

1. Diskaun 10 peratus Pas Triple Park membolehkan akses ke Taman Tema, Taman Air, Sea Life untuk tempoh setahun.

2. Diskaun 35 peratus untuk tiket sehari.

3. Bagi pakej Legoland Malaysia Resort Family; (a) Penginapan 2 hari 1 malam di Legoland Hotel (bilik bertema) termasuk baucer makanan bernilai RM100 dengan harga RM599, (b) Penginapan 2 hari 1 malam di Legoland Hotel (bilik premium) termasuk baucer makanan bernilai RM100 dengan harga RM699.

Antara aktiviti menarik di Legoland yang boleh dilawati seperti Planet Legoland, Lego Bricks, The Lego Friends Live Performance, Sea Life Malaysia dan sebagainya.

Booth Legoland Malaysia Resort akan berada di booth 4006 dan 4007, Hall 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain