suria

Rancang untuk melancong? Ketahui 6 sebab Holiday Tours menjadi pilihan anda... 

Holiday Tours menawarkan pengalaman melancong yang unik, dengan jaminan keselamatan tanpa bandingan.

MALAYSIA akan membuka semula pintu sempadan negara berkuat kuasa 1 April, sejajar dengan peralihan ke fasa endemik.

Sudah semestinya pengumuman berkenaan menerima sambutan dan reaksi positif daripada rakyat di seluruh negara.

Ini bermakna rakyat Malaysia bebas mengunjungi negara-negara yang telah disenaraikan tanpa sekatan!

Ketika ini, sudah pastinya ramai yang telah mula memilih destinasi dan merancang percutian idaman masing-masing setelah lama memendam hasrat berkenaan.

Dalam keterujaan untuk mengembara, aspek keselamatan tetap menjadi perkara utama yang dititikberatkan.

Justeru Holiday Tours, syarikat pengurusan pelancongan terbesar tampil menawarkan pengalaman melancong yang unik dengan jaminan keselamatan yang tiada bandingannya.

Sebab utama Holiday Tours menjadi pilihan anda:-

1) Pengalaman Percutian yang Selamat

Dalam keseronokan menerokai tempat asing, keselamatan diri amatlah dititikberatkan terutama dalam situasi norma baharu.

Kita tidak sabar menantikan percutian yang telah lama diimpikan semenjak penularan wabak Covid-19.

Apabila sempadan dibuka semula, peranan Holiday Tours adalah memastikan perancangan percutian anda lebih yakin dan selamat.

2) Slogan 'Jaminan Keselamatan Perjalanan'

Slogan 'Jaminan Keselamatan Perjalanan' dengan logo dan cogankata yang tersendiri, mewakili tawaran perkhidmatan komprehensif yang khusus untuk menjaga kesejahteraan anda.

Web

Slogan 'Jaminan Keselamatan Perjalanan' sangat bertepatan untuk memaksimumkan keselamatan anda.

3) Jaminan, Pengurusan dan Makluman Risiko

Pengurusan dan penjaminan serta makluman risiko dikendalikan supaya anda boleh menikmati percutian tanpa kerisauan.

Ini meliputi risiko perubatan dan keselamatan, persediaan perjalanan, pemantauan, pemeriksaan kesihatan, prosedur pengendalian kecemasan dan pelbagai perlaksanaan lagi.

Holiday Tours juga bekerjasama dengan International SOS, syarikat perkhidmatan risiko kesihatan dan keselamatan terkemuka di dunia.

Semua situasi dipertimbangkan termasuk destinasi dan jadual pilihan anda, bagi memastikan kelancaran percutian anda.

4) Perkembangan Sekatan Sempadan

Salah satu cabaran yang dihadapi adalah mengikuti perkembangan terkini mengenai sekatan sempadan negara.

Dengan Holiday Tours, anda akan memperolehi maklumat terkini tentang prosedur ujian Covid-19, langkah kuarantin dan dokumentasi perjalanan yang diperlukan di seluruh dunia.

Daripada bencana alam kepada konflik politik, apa jua risiko akan diuruskan dengan sewajarnya untuk memaksimumkan keselamatan anda.

pic 3

Keselamatan dan keselesaan yang maksimum sebelum, semasa dan selepas perjalanan.

5) Sentiasa Bersedia

Holiday Tours boleh membantu anda menentukan langkah-langkah untuk mengurangkan situasi yang tidak diingini sepanjang perjalanan.

Walaupun setelah selamat tiba di destinasi, keselamatan anda masih dipantau rapat dan makluman serta bantuan akan diberikan sekiranya berlaku kecemasan.

Dalam keadaan yang kritikal dan melibatkan tuntutan insurans, anda juga boleh yakin bahawa terdapat perlindungan komprehensif yang merangkumi kes Covid-19, bantuan perjalanan ke seluruh dunia, perbelanjaan perubatan, pemindahan keselamatan, kelewatan bagasi dan sebagainya.

6) Memastikan anda selamat di destinasi dan kepulangan

'Jaminan Keselamatan Perjalanan' yang ditawarkan oleh Holiday Tours adalah hasil kerjasama dengan program 'Travel Safe Malaysia' oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Dalam program ini, Holiday Tours telah dikenalpasti menepati prosedur kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang mencapai taraf kelulusan pihak berkenaan.

Prosedur ini juga diselaraskan dengan amalan terbaik dan langkah pencegahan yang diiktiraf di peringkat global, yang disediakan untuk persekitaran perniagaan yang lebih selamat semasa dan selepas pandemik.

Di Holiday Tours, keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk berhubung dengan Kaunselor Keselamatan Perjalanan.

Jangan tunggu lagi! Tempahlah percutian anda dengan Holiday Tours untuk pengalaman unik serta perjalanan yang lebih yakin dan selamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain