suria

Hayati keindahan pantai di Itali menerusi 'booth' kaca, cetusan idea elak penularan wabak Covid-19

Lakaran pemasangan kios di pesisiran pantai di Itali.

PENULARAN wabak Covid-19 memberi kesan kepada seluruh insdustri termasuk pelancongan di seluruh dunia.

Lokasi-lokasi utama peranginan terkenal dilihat sepi tanpa kehadiran pelancong apabila pihak berkuasa di setiap negara mengambil langkah ‘tutup pintu’ buat sementara waktu.

Di Itali yang sememangnya terkenal dengan pusat pelancongan dunia mengambil langkah selamat bagi mengelak jangkitan pandemik Covid-19 dengan merancang membina ‘booth’ atau kios di pesisiran pantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantai terkenal Peru berubah sekelip mata, ribuan burung ambil alih lautan manusia

Rekaan kios menggunakan ‘plexiglass’ (4.5 meter x 2.5 meter) bakal mengubah landskap di pesisiran pantai apabila pengunjung akan berada di dalam kios itu.

Antara lakaran booth yang bakal dibina di pantai sekitar Itali.

Lakaran awal untuk pembinaan kios itu sudah lengkap dibuat oleh Neon Group 2.

“Idea ini timbul bagi memastikan keselamatan dalam tempoh penularan wabak koronavuris ini dan dalam masa sama mengembalikan aktiviti di sekitar pantai.

Nuova Neon 2 juga turut mendapat permintaan untuk memasang penghalang di meja makan restoran.

“Minggu lalu kami membayangkan untuk kembali ke pantai dan seterusnya tercetus idea ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Nuova Neon 2, Claudio Ferrari.

Ferrari memberitahu, pihaknya juga telah menerima permintaan untuk memasang kios itu di kawasan pantai dan juga restoran sebagai pelindung. – Dailymail.co.uk

Itali, Kios, Covid-19

Artikel Lain