suria

Penumpang positif Covid-19 selepas naik pesawat Vietjet layak terima pampasan

Penumpang-penumpang Vietjet bakal mendapat pampasan sekiranya didapati positif Covid-19 selepas menaiki pesawat tersebut. Gambar hiasan.

PENUMPANG-penumpang yang disahkan positif Covid-19 selepas menaiki penerbangan Vietjet akan diberi pampasan.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Vietnam itu mengumumkan akan membuat bayaran pampasan menerusi polisi ‘Sky Covid Care Insurance’ kepada pelancong yang mengguna perkhidmatan pesawat domestik itu.

Penumpang akan dibayar pampasan sehingga 7,300 paun (RM37,722) jika disahkan positif Covid-17 dalam tempoh 30 hari selepas penerbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kaki ‘travel’ boleh bincang dengan pihak hotel untuk tuntut semula wang

Polisi diberikan kepada mereka yang mengambil penerbangan di antara 23 Mac dan 30 Jun 2020 dan pampasan dari 736 paun sehingga 7,359 paun.

Vietjet menawarkan polisi insuran kepada penumpang-penumpang yang disahkan positif Covid-19 selepas menaiki pesawat mereka.

Vietjet berkata: “Dengan insuran ini, penumpang layak untuk mendapat perlindungan dan faedah dari Vietjet dalam tempoh 30 hari tarikh penerbangan, dan bagaimana penumpang itu dijangkiti wabak tersebut.

“Untuk mendapat skim perlindungan itu, semua penumpang perlu memberi maklumat tepat kepada syarikat penerbangan ini ketika membeli tiket, menggunakan perkhidmatan dan mengikut semua peraturan mencegah dan kawalan wabak ini mengikut syarat-syarat Vietjet serta Kementerian Kesihatan Vietnam.

”Bagaimanapun bagi penumpang yang mempunyai sejarah epilepsi atau mental tidak layak mendapat polisi ini.- Dailymail.co.uk

Artikel Lain