Hotel gitar dah dibuka, tapi jangan terkejut... selain bilik, nak masuk resort pun kena bayar! - Destinasi | mStar

Hotel gitar dah dibuka, tapi jangan terkejut... selain bilik, nak masuk resort pun kena bayar!

Hotel berbentuk gitar itu dilengkapi 638 suites dan bilik.

PENGINAPAN berbentuk gitar gergasi pertama di dunia milik Hard Rock Hotel sudah mula dibuka kepada umum pada 24 Oktober lalu.

Hotel berketinggian 138 meter yang terletak di Seminole Hard Rock Hollywood, di selatan Florida dilengkapi 638 suites dan bilik.

Bilik Platinum King Suite berharga AS$989 (RM4,112) semalam, manakala bilik Deluxe King atau Queen tanpa pool view bermula pada harga AS$189 (RM785).

Salah satu bilik yang ditawarkan kepada pengunjung.

Namun harga itu boleh melonjak ke AS$519 (RM2,158) semalam bergantung kepada tarikh tertentu.

Tetamu juga perlu membayar AS$25 (RM103) bayaran masuk ke resort setiap hari.

Selain itu, hotel itu turut dilengkapi kolam renang berkeluasan 5.5 hektar, sebuah lagun untuk sukan air dan dewan konsert yang boleh menempatkan 7,000 penonton.

Pemandangan luar hotel pada waktu malam.

Pembinaan hotel mewah itu menelan belanja sekitar AS$1.2 bilion dan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Hotel itu direka oleh Klai Juba Wald Architecture + Interiors yang berpangkalan di Las Vegas.

Uniknya, hotel itu boleh dilihat penumpang pesawat yang terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale kerana saiz dan ketinggiannya.

Ia juga menjanjikan pemandangan menarik dan pengalaman luar biasa pada waktu malam menerusi pertunjukan lampu dan muzik yang disajikan kepada tetamu.

Hard Rock Hotel , gitar , Florida