Laman e-brosur buat pemerhati burung tawar pelbagai aktiviti, info sempena VM2020 - Destinasi | mStar

Laman e-brosur buat pemerhati burung tawar pelbagai aktiviti, info sempena VM2020

Lebih 25 pakej menarik ditawarkan kepada pemerhati burung.

LEBIH 100 acara ditawarkan untuk Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Semua acara itu kini disenaraikan dalam e-brosur yang boleh dimuat naik dari laman web Tourism Malaysia.

Laman e-brosur itu memberi tumpuan pada aktiviti dan pesta menyeronokkan yang ditawarkan negara ini sepanjang kempen tersebut.

Ini termasuk aktiviti sukan, outdoor, persembahan kebudayaan, aneka jenis makanan dan pemuliharaan alam semula jadi.

Antara yang pasti mencuri tumpuan pelancong adalah Rainforest World Music Festival, Pesta Menuai, Karnival Pantai Terengganu, Royal Floria Putrajaya.

Tourism Malaysia turut melancarkan sebuah laman web untuk pemerhati burung.

Burung enggang antara spesies unik yang boleh ditemui di Sarawak.

Birds Malaysia dibangunkan oleh Ecotourism Conservation Society of Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).

Laman web itu berfungsi sebagai sebuah platform untuk pengusaha pelancongan tempatan mempromosikan ekopelancongan termasuk aktiviti memerhati burung.

Terdapat lebih 25 pakej aktiviti memerhati burung ditawarkan tujuh pengusaha pelancongan tempatan di negara ini.

Antara lokasi memerhati burung yang menawarkan pelbagai spesies burung yang cukup unik adalah Tabin Wildlife Resort (Sabah) dan Taman Negara Gunung Mulu (Sarawak).

Birds Malaysia turut memberi peluang kepada pencinta haiwan untuk berkongsi gambar, pengalaman dan pengetahuan mengenai kepelbagaian spesies burung di negara ini.

Terdapat lebih 750 spesies burung di Malaysia manakala 55 lokasi diwartakan sebagai Kawasan Penting Burung.

Artikel Berkaitan